Nampaknya filem tempatan kini mula mencuri perhatian dengan gabungan bersama pelakon antarabangsa dan menjadikan lokasi luar negara sebagai tempat penggambaraan.

Filem I’m Not A Terrorist terbitan White Merpati Entertainment ini telah menjalani penggambaraan selama 46 hari di Kuala Lumpur dan Kashmir, India yang mempunyai cuaca sejuk dan pemandangan sangat indah.

Majlis malam gala tayangan filem lakonannya I’M Not A Terrorist di GSC Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini berlangsung dengan meriah dengan kehadiran barisan bintang filem tersebut iaitu Gulshan Grover, Farida Jalal, Afiq Muiz dan Chacha Maembong.

I’m Not A Terrorist Gandingan Malaysia, Bollywood

I’m Not A Terrorist Gandingan Malaysia, Bollywood

IKLAN

Pada malam tersebut, peminat berpusu-pusu di panggung semata-mata ingin bertemu dengan bintang Bollywood dan beberapa artis ternama lain bersempena tayangan gala filem tersebut.

Selain itu, antara selebriti yang akan memeriahkan majlis dianjurkan termasuklah Emma Maembong, Mawar Rashid dan pasangan, Raf Yaakob, Yusof Haslam, A. Galak, Alvin Chong, Rebecca Nur Al-Islam dan Ziela Jalil.

Hadir sama, keluarga Chacha Maembong termasuk ibunya, Fatimah Rohani.

IKLAN

I’m Not A Terrorist Gandingan Malaysia, Bollywood

Di bawah arahan, Arjin Upal telah menelan kos sebanyak RM5.2 juta dan menampilan selebriti istimewa seperti bintang fiem Bollyword Gulshan Grover, Rahul Dev dan Farida Jalal.

Ia mengangkat kisah yang menjelaskan bahawa agama Islam bukanlah agama yang berkaitan dengan keganasan, sebaliknya menekankan pentingnya keamanan.

IKLAN

Apa yang menarik, filem ini membuatkan Afiq Muiz perlu bertutur dalam bahasa Hindi untuk melakonkan watak Ummar yang juga anak Zabira (lakonan aktres veteran Farida Jalal) dalam filem itu.

Pasti anda ingin mengetahu bagaimana Afiq Muiz bertutur dalam bahasa Hindi kan? Sama-sama kita nantikan!

 Filem ini akan ditayangkan di seluruh tanah air termasuk negara India bermula 5 Oktober ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI