Uncategorized

‘I’m Not Good Enough , But I Willing To Learn’ Elizad Beri Pujian Kepada Aziza Kazan!

Share

Jika korang pengikut setia drama-drama Malaysia, pasti korang familiar dengan drama Syurga Yang Kedua yang dilakonkan oleh Fasha Sandha, Zarul (Umbrella) dan Elizard Sharifuddin bukan?

Dalam drama tersebut bukan main benci lagi ibu mertua yang dilakonkan oleh Azizah Mahzan atau kini lebih dikenali dengan panggilan Aziza Kazan (di media sosial) terhadap menantunya Elizad.

Adakalanya timbul jugalah perasaan geram apabila menantu dibuli dan diambil kesempatan oleh mak mertua yang cukup pentingkan diri sendiri.

Namun berbeza pula realitinya, terbaru MH ada sedar Elizad yang memegang watak sebagai isteri pertama kepada Zarul memuji sparing partnernya iaitu Aziza dalam drama tersebut.

Elizad berterima kasih kepada pelakon senior tersebut kerana sering memberi tunjuk ajar kepadanya sepanjang berlakon bersama.

Malah, Elizad turut memberitahu dirinya akan sentiasa memperbaiki segala kelemahannya dalam dunia lakonan

“When you have a good sparing partner . ??? Love u kakak ku ! @azizakazan Thank You for your guidance . I’m not good enough , but I willing to learn because acting has always been my passion”

Alahai sweet pulak tengok mereka berdua ni! Apapun MH memang layan betul cerita ni. Makin teruja pula bila Sabrina (Elizad) sudah tahu suaminya itu bernikah dengan sahabat baiknya (Fasha)!

IKLAN