“I’m Good,”- Janna Nick Dimasukkan Ke Hospital Hari Ini, Peminat Mula Risau

Share

Pelakon Janna Nick, dilaporkan telah ditahan dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

Berita kurang baik itu telah dikongsikan oleh Janna menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

“I’m good,” tulisnya.

Bagaimanapun, sehingga kini MH masih belum dapat mengenal pasti punca penyakit yang dialami oleh Janna sehingga dia terpaksa dimasukkan ke hospital.

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan supaya Janna lekas sembuh dan pulih seperti biasa.

Apa-apa pun, MH doakan semoga Janna segera sembuh dan dapat melakukan aktiviti hariannya seperti biasa.

Foto: Instgram Janna Nick

IKLAN