Pelakon senior, Mustapha Kamal telah memuat naik statusnya di Facebook, berkongsi mengenai kehidupan alam rumah tangga.
“Saya mendengar isteri bercerita mengenai kebahagiaannya mengendalikan rumah tangga dan anak-anak tersenyum apabila ditanya mengenai kehidupan,”tulisnya.
Siapa sangka, pelakon berusia 56 tahun itu mempunyai seramai 10 orang anak hasil daripada tiga perkahwinannya.
“Walaupun enam anak-anak saya dipelihara oleh ibu mereka tetapi saya tetap tidak lupa tanggungjawab terhadap mereka,” tulisnya lagi.
Tambah Mustafa, dia bersyukur kerana isterinya memaham kerjayanya sebagai anak seni.
“Saya bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan Susan. Dia bukan sahaja boleh menerima saya sebagai suami, malah enam anak saya daripada dua perkahwinan yang terdahulu semua dianggap seperti anak sendiri,” tambahnya.
Dalam pada itu,Mustafa turut memuji sifat keperibadian isterinya yang juga merupakan bekas pelakon, Susan Menon.
“Sifat keibuannya yang begitu menebal dan sikapnya yang sama rata dengan semua anak-anak saya membuatkan saya semakin sayang dan bertuah mendapat seorang isteri seperti Susan,” tulis Mustafa.
Untuk rekod, Mustapha dan Susan Manen dikurniakan dengan empat orang anak, Sabella Qawiema,18, Aulia Qayyiem,16, Salsabil Qurani,14, dan Naqli Qaddiem.
Manakala isteri pertamanya dikurniakan empat org anak iaitu Darul Amir Hazin,36, Darul Ali Hafiz,34, Darul Azam Harris,32, Dayang Aimi Shahira,29.
Dua orang anak lagi hasil perkahwinan keduanya dengan pelakon Kak Yong iaitu Ayuna,25, dan Ayuni,22 tahun. Keseluruhan 10 orang.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik, Nur Sajat ada memuat naik beberapa gambar dan video sedang menikmati percutian sambil bekerjanya di Lebanon.
Malah merusi potongan video yang turut dimuat naik, penyanyi lagu Bobo Di Mana itu turut dilihat mengenakan bikini sambil menikmati pemandangan atas bot persiaran di pantai La Plage, Beirut.
Malah, Sajat turut memuat naik foto dalam keadaan sama.
“I am tired of crying, tired of trying, yeah I’m smiling but in da inside i’m dying,” tulisnya
Sehingga kini, posting tersebut telah menerima lebih 10,000 tanda suka setakat ini malah turut menerima reaksi pelbagai daripada netizen, termasuklah berbaur nakal.
Malah, ada yang turut menyifatkan Sajat seperti tidak menghormati hari keputeraan baginda Rasulullah S.A.W.
Seronok betul Sajat bercuti di Lubanon ye. Apa-apa pun, kita doakan sahaja yang terbaik untuk Nur Sajat. Spread love not hate.
Foto: Instagram Nur Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tujuannya adalah untuk bergambar bersama ‘raja sehari’ sebagai tanda kenangan, namun lain pula jadinya.
Itulah yang berlaku apabila netizen mulai meneka dan bertanya pada YB Syed Saddiq, yang berkongsi gambar bersama pelakon Nadiyah Shahab dan Ben Ali yang meraikan majlis perkahwinan mereka, semalam.
Kisahnya, netizen ‘lebih gemar’ beri fokus pada bahagian gigi Syed yang dianggap mempunyai ‘sesuatu’.
Tampil dengan sebuah lagu raya berjudul Huru Hara Raya, gabungan penyanyi Mohd Mentor dan Zwen Superchild menjadikannya sebagai satu hadiah khas buat peminat yang...