“Ilmu Dari Ibu Buat Anaknya…,” – Sheila Rusly Bantu Ayda Jebat Jiwai Watak, Netizen Pun Turut Sama Sebak!

Share

Pengacara dan penerbit, Sheila Rusly kini sedang sibuk menerbitkan sebuah drama bersiri terbaru berjudul Cindai yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Menerusi posting terkini di akaun Instagram milik Sheila, dia telah berkongsi satu rakaman video disebalik tabir drama berkenaan.

Rakaman video tersebut kelihatan Sheila sedang membantu pelakon Ayda Jebat dalam menghayati watak dalam lakonan drama tersebut.

“C I N D A I Sis belanja the making of sikit… hope korang rasa apa yg Cindai rasa


@aydajebat @amverton_cove #cindai #jspictures #samarinda#tv3malaysia #betterthanyou#sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.

Lantas, rakaman video yang berdurasi 1 minit itu telah menjadi perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji sikap Sheila yang membantu pelakon untuk menjiwai watak dalam lakonan.

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama bersiri Cindai ini adalah Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Catriona Ross, Niezam Zaidi dan ramai lagi.

Video: Instagram Sheila Rusly

IKLAN