“Ikutkan Tok Ram, Berkain Pelikat Saja Di Pagi Raya,” – Alyah Sederhana, Ikut Cara Suami

Share

Sama seperti kebanyakan umat Islam lainnya, penyanyi Datin Alyah juga cukup teruja menyambut kedatangan bulan Syawal tahun ini apabila sudah dibenarkan untuk ziarah-menziarahi.

Sejak berkahwin dengan maestro muzik, Datuk Ramli MS pada tahun 2013, Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan, 41, lebih selesa mengikut gaya bersederhana suaminya dalam meraikan hari lebaran.

“Ikutkan hati memang mahu sambutan raya kali ini lebih meriah tapi Tok Ram (Ramli MS) orangnya biasa-biasa sahaja. 

Dia sangat sederhana.

“Kalau ikutkan Tok Ram, dia berkain pelikat sahaja di pagi raya.

“Kalau dahulu, ketika masih bujang pastinya trend membeli baju baru setiap kali Syawal menjelma jadi ikutan.

”Tetapi bila dah bersuami, saya harus ikut rentak dan cara Tok Ram,” katanya kepada Media Hiburan.

Bercerita mengenai berapa helaian busana raya yang akan digayakannya sepanjang Syawal, penyanyi lagu Kisah Hati ini berkata, banyak koleksi baju raya yang masih belum sempat dipakainya.

“Sebenarnya banyak baju kami yang masih tidak sempat untuk dipakai. Maklumlah, sebelum ini kita beraya saat negara sedang pandemik. Jadi baju raya pun pakai untuk hari raya pertama dan kedua sahaja.

“Tapi kadang-kala ada juga niat untuk membeli baju baharu. Jika ada masa dan peluang, saya membeli secara dalam talian tanpa pengetahun Tok Ram,” kata Alyah berseloroh.

Alyah juga turut mengisi masa dengan bercuti dalam negara bersama keluarga tersayang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

IKLAN