“Ikut Suami Pun Homesick Sampai Nangis…,” – Baru Lepas Berkahwin, Gmie Screen Suruh Balik Sebab Apa?

Share

 

 

Tular tempoh hari apabila Gmie Screen mencium pipi menantu selesai majlis akad nikah anak sulung, Siti Hadirah. 

Baru sahaja selesai majlis bertandang di pihak lelaki, Gmie atau nama sebenarnya, Hajimi Haji Ibrahim dilihat membalas posting anaknya yang sedang merindukan keluarga.

Ingat duduk KUIS je homesick. Tapi takdelah homesick sangat nangis2. Ni duduk ikut suami pun homesick sampai nangis2. padahal dekat je rumah.

“Muka2 ni yang selalu aku pandang hari2. Tapi harini tak tengok rasa lain sangat terus merembes air mate aku tak berhenti.”

Penyanyi popular era 90-an ini dilihat menyuruh anaknya balik ke rumah dengan tandapagar #rumahibubaparumahanak2

Netizen nampaknya masih belum mampu melupakan detik-detik istimewa seorang bapa melepaskan tanggungjawab terhadap anak perempuan kepada lelaki yang bergelar suami. 

Malah, ikatan kekeluargaan yang cukup erat ini dapat dilihat menerusi kemesraan kedua-duanya saling berbalas komen gurauan.

MH kongsikan foto sekitar majlis bertandang di rumah lelaki.

Foto – Instagram Gmie Screen

IKLAN