Berita

“Ikut Macam Ini Tahu, Kejar Impian,” – Sharmine Alexender Sambung PhD Pada Usia 26 Tahun, Harap Jadi Inspirasi Buat Anak Muda

Share

Pelakon meningkat naik, Sharmine Alexender menzahirkan rasa teruja apabila bakal kembali menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Menurut Sharmine, dia berharap perjalanan menimba ilmu hingga ke peringkat tertinggi itu mampu menjadi inspirasi, khususnya golongan muda.

Harap Jadi Inspirasi Buat Anak Muda

“Kembali mendaftar sebagai pelajar hari ini. Saya berasa sangat gembira. Adik-adik, ikut macam ini tahu. Kejar impian,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan pelakon drama Kasih Yang Terkorban menerusi satu hantaran di Instagram.

Sasar Miliki PhD Sebelum Usia 30 Tahun

Dalam masa sama, bintang kelahiran program Dewi Remaja 2025 itu turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang beranggapan dirinya sia-siakan usia muda dengan memberi tumpuan kepada pelajaran semata-mata.

Tegas Sharmine, dia sememangnya meletakkan sasaran untuk bergelar Doktor Falsafah sebelum menginjak usia 30 tahun.

“Bila orang kata saya membazirkan usia 20-an dengan belajar, tapi kita semua akan berusia 30 tahun suatu hari nanti.

“Jadi, apa salahnya jadi orang berusia 30 tahun yang mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD),” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Sharmine baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana tahun lalu.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

Published by
Aizam Manaf