Ikut Jejak Si Ibu, Anak Perempuan Wann Suka Menyanyi. Masuk Kelas Piano Seawal Usia 4 Tahun

Share

‘Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,’. Itu perumpaan yang sesuai untuk anak perempuan peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Wann iaitu Natasha yang mungkin bakal ikut jejak langkah ibunya.

Kedua-dua mereka yang mempunyai minat sama dalam bidang nyanyian menjadikan Wann atau nama lengkapnya Wan Rashidah Meor Abdul Rashid tekad menghantar anaknya itu ke kelas piano seawal usia empat tahun.

Anak saya yang nombor dua lebih minat dalam bidang nyanyian. Saya masukkan dia ke kelas piano dalam umur 4 ke 5 tahun.

Saya bayangkan sekiranya anak saya main piano, saya pula menaynyi. Dia pun boleh menyanyi sikit-sikit. Kebanyakan lagu mat salleh.

“Tapi lagu ibu dia, terpaksa nyanyi juga. Boleh lah sikit-sikit bagi sokongan,” kata Wann menerusi VT (video tape) sebelum memulakan persembahan  semalam.

Natasha, 21 sering berkongsi foto bersama ibunya di Instagram.

Dalam pada itu, Natasha yang mempunyai lebih 4,000 pengikut di Instagram ada berkongsi sepotong video yang memaparkan dia dan ibunya sedang duet lagu Lamunan Hati nyanyian Wann sendiri.

Natasha juga sering menggayakan OOTD dengan gaya dan penampilannya tersendiri.

 

Video/ Foto : Instagram Natasha Sushi, Wann Rashidah

IKLAN