Ikmal Amry Timang Anak Kedua… “Isteri Selamat Lahirkan Bayi Lelaki.”

Share

Tahniah diucapkan kepada pelakon Ikmal Amry dan isteri yang baru sahaja selamat menimang cahaya mata kedua pada Jumaat.

Ikmal, 29, bersyukur isterinya, Najla Shamsul selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

“Rahmat Ilahi. Syukur Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang berkah ini, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki.

“Terima kasih atas doa kalian. Semoga kita semua diberkati,” tulisnya menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram.

Menerusi hantaran sama, Ikmal dilihat sedang mendukung bayi lelakinya dan dipercayai sedang melaungkan azan di telinga anaknya.

Imbas kembali, Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali dan Najla, 25, mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2020.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cailie yang berusia dua tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN