Ikmal Amry, Bayi & Isteri Kemalangan; “Allah Masih Bagi Peluang, Alhamdulillah.”

Share

Pelakon Ikmal Amry berkongsi beberapa keping foto dia dan sekeluarga mengalami kemalangan di Instagram, sebenar tadi.

Bagaimanapun, Ikmal atau nama sebenarnya, Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 28, belum berkongsi lanjut mengenai insiden yang berlaku.

Memanjatkan rasa syukur, dia, isteri serta anaknya terselamat.

“Mimpi ngeri yang tak sanggup kulalui terjadi. Pahit untuk ditelan, tapi pengalaman yang menjadi pengajaran.

“Alhamdulillah kami sekeluarga selamat. Allah masih bagi peluang. Alhamdulillah. Simpan sini untuk kenangan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Terkejut dengan apa yang dikongsikan, rakan artis serta peminat turut mendoakan yang baik-baik dan semoga urusan Ikmal Amry dipermudahkan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN