Penyanyi, Ifa Raziah akui kurang senang dengan komen yang diberikan oleh guru vokal, Shaffiq Erwin mengenai teknik nyanyiannya sewaktu membawakan lagu Di Pintu Syurga di program realiti terbaru, Terpaling Juara.
Menurut Ifa, penurunan kemampuan vokal sebenarnya merupakan perkara biasa lebih-lebih lagi apabila seseorang penyanyi itu sudah pun meningkat usia.
“Kau siapa nak sound-sound aku ni nyanyi sumbang ke apa? Aku tak kenal kau pun dalam industri ni? Umur aku dah dekat 50 tahun, memang la suara kadang-kadang kelaut sikit.
“Kau suruh mak kau nyanyi, aku nak tengok. Semua artis akan lalui fasa ni bila dia orang dah berumur, baik Hollywood, Kollywood atau Greenwood. Semua yang. dulu suara high pitch tak akan dapat macm suara 20-30 tahun yang lalu,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Ifa menerusi ruang komen di posting Instagram, Shaffiq.
Malah, Ifa turut merasakan komen tersebut seperti tidak adil lebih-lebih lagi apabila membanding-bandingkan kemampuan penyanyi lama dan baru.
“So respect la sikit kami yg tua ni. Nak compare dengan budak-budak muda memang la kami tak mampu nak lawan.
“Kau yang muda pun suara tak kemana, aku nak tengok suara kah masa umur ko 50 nanti. Ko tunggu masa tu akan tiba,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, penyanyi lagu Ser Ser Ser ini juga menyifatkan penglibatannya di program tersebut hanyalah sekadar suka-suka dan bukannya untuk mengejar kemenangan.
“Aku masuk pertandingan ni suka-suka je, bukan pasal duit. Setakat RM100k tu, aku pun ada.
“Tak payah la kutuk-kutuk, kita hidup ni santai-santai je, apa yang masalah sangat pada kau, kalau aku sumbang. Kalau aku tersingkir pun, aku tetap IFA RAZIAH,” akhirinya.
Terdahulu, Shaffiq telah memuat naik
video reaksi penuhnya terhadap nyanyian Ifa yang dikatakan agak sumbang sewaktu menyanyikan lagu dendangan penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shaffiq Erwin & Ifa Raziah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sering kali kita mendengar dialog ‘jika berkahwin dengan anggota tentera, pasti si isteri dan anak-anak akan selalu ditinggalkan’.
Meminta tanggapan stereotaip itu dihentikan, pengacara Dayah Bakar yang juga merupakan isteri kepada pegawai tentera, Kapten Muhammad Hanif, tampil menyuarakan pandangannya itu selepas menonton filem pecah panggung yang menceritakan tentang pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Air Force: Selagi Bernyawa, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian yang diluahkan di laman Instagram miliknya, Dayah atau nama sebenarnya, Nur Hidayah Abu Bakar, 33, berkata filem itu sangat meninggalkan kesan buat dirinya malah lebih bertambah perasaan hormat dan bangga dengan pasukan keselamatan yang sentiasa berjuang untuk negara.
“Saya percaya hanya orang terpilih yang boleh jadi seorang tentera. Ia bukan satu pekerjaan, ia adalah satu amanah dan tanggungjawab.
“Yang dikorbankan bukan sahaja masa atau tenaga, malah nyawa yang menjadi taruhan. Keluarga ditinggalkan demi bersiap siaga di barisan hadapan.
“Maka, hentikan kata-kata ‘berkahwin dengan tentera, kesian selalu kene tinggal’. Mungkin mereka tidak mengerti, ini adalah takdir serta pilihan jiwa yang kuat, perjuangan cinta dan pengorbanan.
“Para pejuang negara yang telah pergi dan sedang bertugas, ikhlas berjuang, siang dan malam untuk kita sama-sama dapat dapat merasakan keamanan dan tidur yang lena. Ini bukan percuma teman-teman,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu juga turut memuji filem Air Force The Movie yang disifatkannya cukup ‘rencah’ sehingga membuatkan air matanya mengalir saat menyaksikan naskhah hebat itu.
“Sepanjang saya tonton, saya sangat fokus dan saya rasa tak duduk diam untuk tahu apa scene seterusnya.
“Little that I know, saya boleh rasa sebak, mata berkaca, rasa terharu, rasa sedih, rasa bangga. Senang cerita, saya menangis la.
“Ini bukannya perasaan masa ending tau, ini perasaan banyak kali in between the film. Keseluruhannya, sangat memuaskan. Mantap!
“Filem ini meninggalkan kesan, rasa hormat yang luar biasa buat semua pejuang negara, itu kuncinya!” puji Dayah.
Air Force The Movie yang dibintangi Datuk Adi Putra, Aiman Hakim, Scha Alyahya, Nas-T, Sara Ali dan Pablo Amirul setakat ini telah berjaya mengutip sebanyak RM13 juta.
Filem arahan Zulkarnaian Azhar dan Frank See itu mula menjengah pawagam sejak 25 Ogos lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Dayah Bakar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengulas sukan Astro Arena, Hafizal Hamad membuat laporan polis selepas menerima ugutan daripada seorang individu susulan kritikan yang dilemparkannya terhadap prestasi pemain badmintan negara, Lee Zii Jia yang dikatakan semakin merosot.
Bimbang akan keselamatan diri dan keluarga, Hafizal telah membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam pada malam Rabu.
Memetik Astro Awani, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan menerima laporan tersebut.
“Pengadu telah membuat laporan polis pada 31 Ogos 2022 kerana mesej berkenaan mendatangkan kegusaran kepada pengadu sekeluarga.
“Hasil siasatan awal pihak polis, pengadu ada menyentuh berkenaan kemerosotan pemain badminton negara Lee Zii Jia semasa mengulas dalam rancangan ‘Nindia Pak Long’,” kata Mohd Iqbal.
Terdahulu, tular di media sosial Twitter rakaman video program tersebut yang mana memaparkan Hafizal bersama dua pengulas lain iaitu Dayang Atul serta Fina Nasrom dikatakan mengkritik prestasi Zii Jia.
Ramai peminat tegar pemain perseorangan negara itu kemudiannya mengkritik tindakan mereka bertiga yang dikatakan tidak berlandaskan profesionalisme sebagai pengamal media.
Terdahulu, Zii Jia telah menarik diri daripada menyertai Sukan Komanwel 2022 demi memberi tumpuan terhadap Kejohanan Badminton Dunia namun dia terkandas pada pusingan awal kejohanan tersebut.
Untuk rekod, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi legenda, Rahmat Ekamatra menyifatkan penglibatannya dalam program Gegar Vaganza 12 (GV12) sebagai satu pengalaman bermakna yang membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.