Ikan Bakar Portugis, Bihun Terkejung? Guna Nama Unik Tarik Pembeli, 5 Artis Ini Tak Segan Niaga Di Bazaar Ramadan!

Share

Bila tiba bulan puasa, pastinya bazaar Ramadan menjadi tumpuan ramai dengan pelbagai juadah enak yang dijual.

Malah, para selebriti turut sama meniaga dan menggunakan nama unik bagi menarik pelanggan.

Berikut selebriti yang meniaga di bazaar beserta menu yang menjadi kegilaan ramai.

1. Abam Bocey

Pelawak Abam Bocey yang mencari rezeki lebih dengan berniaga juadah makanan seperti mee, kuey teow  dan bihun goreng di Bazaar Batu 8, Jln Gombak, KL.

Bagi menarik pelanggan, Abam menggunakan tagline menunya iaitu Mee/kueytiaw/bihun goreng TERKEJUNG!!!

 2. Elizad Sharifuddin

Pelakon, Siti Elizad menjual juadah roti john di lokasi berbeza iaitu Alamanda Shopping Mall Putrajaya, Aeon Mall Shah Alam Sek.13, Mydin Mall Meru Ipoh, Mydin Mall Usj Subang dan Foodtruck – Mobile Truck (Lost World Of Tambun)

3. Amirul Faqeem

Pelakon Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL), Amirul Faqeem menjalankan perniagaan ikan bakar di Seksyen 13, Shah Alam.

Selain itu, Amirul bijak menarik pelanggan dengan menggunakan nama hebat iaitu Ikan Bakar Portugis.

Lebih menarik, Amirul ‘memancing’ pelanggan agar ikan bakar jadi lebih enak apabila dihidangkan bersama nasi panas dan kicap Jalen.

 4. Nadia Hasnan

Penyanyi dan penyampai radio, Nadia telah membuat perniagaan maknan kuih Popia di Setiawangsa.

Malah, Nadia dan keluarga ada membuat perniagaan sendiri sejak dahulu lagi.

 5. Angah (Lawaking)

Pelawak dan penyampai radio, Angah meniaga Nasi Bakar di Seksyen 2, Shah Alam.

Malah, Angah juga menggunakan tagline Rasa Hebat, Harga Sahabat!

Meski bergelar selebriti, mereka tidak kekok untuk berniaga di bawah khemah dengan keadaan orang ramai dan cuaca yang panas.

Foto : Instagram selebriti.

IKLAN