Ika Nabella Kena Ugut

Seorang wanita mengamuk dengan mengeluarkan kata-kata kesat serta ugutan terhadap Ika Nabella menerima padah apabila aktres itu telah berkongsi kata-kata tersebut di laman Instagram miliknya. 

Menceritakan kejadian sebenar Ika Nabella, 28, berkata, masalah berpunca apabila dia dituduh melanggar seorang wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) Isnin lalu.  Wanita itu naik hantu dan telah memaki hamunnya di khalayak ramai selain menunjukkan isyarat lucah jari tengah.

Tidak selesai di situ, wanita tersebut juga telah mencari laman sosial Instagram Ika bagi meluahkan rasa marah dan mengeluarkan kata-kata kesat serta memuatnaik status di Facebook miliknya dengan kapsyen yang agak kasar.

“Bukan tak berupaya nak ‘hentak’ artis murahan #ikanabilla yang sedang MENGANJING di IG dia..Tapi tak mampu nak go down to her level sebab i’m way too far better than her! Kesian lah mak yang melahirkan seekor anak bangsat!

 

“Sekian, penutup wall kontroversi saya. Semoga anjing bertukar jadi manusia”, tulis wanita itu di Facebook miliknya.

Selain itu, individu tersebut turut menghantar mesej kepada Ika dan mengugut untuk mendedahkan mesej perbualan berkenaan, namun, Ika terlebih dahulu mengambil pendekatan itu. 

IKLAN

 

Dalam pada itu, Ika berkata, jika wanita berkenaan benar-benar mahu kebenaran, dia bersedia untuk menonton kembali kamera litar tertutup (CCTV) di KLIA 2 dan membuktikan siapa sebenarnya yang bersalah.

IKLAN

Sumber : Instagram Ika Nabella

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]