Idzham Ismail Keras Kepala & Ego Tinggi, Dedah Isteri Mampu ‘Tukar’ Sikapnya

Share

Pelakon Idzham Ismail mengakui dia seorang yang keras kepala dan mempunyai ego tinggi.

Bagaimanapun, isterinya Siti Nur Abilah atau mesra disapa Bella mampu ‘mengubah’ sikapnya itu.

Perkara itu dikongsikan pelakon Juvana menerusi Instagram miliknya.

“Saya seorang yang keras kepala , ego tinggi , nasihat orang lain tak betul , tapi individu yang saya jadikan isteri ubah semua saya sikit demi sedikit.

“Keputusan yang saya buat nampak dia buruk di mata orang , dia terima , dia sabar sebab dia percaya saya akan belajar kesilapan saya masa demi masa.

“Menangis sebab terguris dengan perlakuan saya apabila ditegur , dia sabar , sampai sekarang , dia lah menjadi penyokong utama dibelakang saya sehingga saya dapat jadi diri saya yang sekarang.

“Terima kasih isteriku sebab ada sentiasa diwaktu saya memerlukan tak kira masa dan perasaan . Betul orang cakap , dugaan isteri semasa suami tiada apa apa , dugaan suami sewaktu dia ada segalanya.

“Saya memang tak reti express perasaan saya depan-depan, macho la kononya,” tulisnya panjang lebar.

Terdahulu,Idzham dan Bella yang juga seorang pramugari mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Sofea Inara.

Foto: Instagram Idzham Ismail

IKLAN