Semua sedia maklum mengenai kisah Nur Sofia Inara, anak sulung pelakon ‘Juvana’, Idzham Ismail dan isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin yang dikongsikan pasangan ini menerusi laman Instagram yang kini masih lagi berada di NICU Hospital Shah Alam sejak dilahirkan 24 Mei lalu.

Ramai peminat mendoakan keselamatan puteri sulung Idzham dan tertanya-tanya perkembangan anak perempuanya sekarang.  Menerusi perkongsian Idzham di Instagram, Nur Sofea Inara kini selamat dibedah.

Anak Pelakon Juvana Selamat Jalani Pembedahan Jantung 7 Jam

 

IKLAN

Inara disahkan mempunyai komplikasi jantung oleh Pakar Hospital Shah Alam.  Komplikasi yang dialami Inara berkaitan dengan jantung yang dipanggil Transposition of Great Arteries (TGA).

TGA ialah Kecacatan jantung yang wujud sejak lahir (kongenital) terjadi dalam lapan dari 1000 kelahiran. Tanda dan gejala yang ditunjukkan oleh bayi-bayi ini berbeza antara satu sama lain mengikut kecacatan masing-masing. Jantung mempunyaiempat ruang, dua atrium dan dua ventrikel yang berfungsi sebagai jantung sebelah kanan dan jantung sebelah kiri.

“Alhamdulillah . Syukur kepada Allah S.W.T . Operation keatas princess Inara berjaya dilakukan dengan sempurna oleh doctor pakar bedah dari IJN . Setelah menunggu 7 jam akhirnya berita gembira dari doktor sampai ke telinga kami berdua.

 

“Sekali lagi kami ingin berterima kasih kepada yang tidak putus-putus mendoa untuk Princess Nur Sofea Inara”, Tulis Idzham lagi

Tambah Idhzam lagi, kepada yang tertanya-tanya mengenai puteri sulungnya, Nur Sofea Inara dilahirkan secara normal dan mempunyai berat sebanyak 3 kg.

IKLAN

“Doctor IJN sahkan kali kedua dan dinasihati membuat pembedahan pada seawal umur princesa 3 minggu – 4minggu. Alhamdulillah, Allah dengar suara kami, semua proses sangat mudah dan lancar dari checkup hingga ke pembedahan .Terima kasih juga pada yang mengendali pembedahan Princess dengan jayanya,” katanya.

Kini Idzham dan isteri, Bella hanya menunggu proses pemulihan anak sulungnya daripada pembedahan yang telah dijalankan.

Anak Pelakon Juvana Selamat Jalani Pembedahan Jantung 7 Jam

IKLAN

 

 

Sama-sama kita doakan yang terbaik dan speedy recovery untuk Nur Sofea Inara . Amin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI