Idris Khan Umum Tarikh Perkahwinan Dengan Gadis Maghribi

Wah nampaknya model dan pelakon Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin, Idris Khan akhirnya ‘buka mulut’ berkenaan isu bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang gadis cantik berasal dari Maghribi.

Seriously MH suka tengok kedua-dua pasangan ni. Sama cantik, sama padan. Bagai pinang dibelah dua.

Ketika berada di Majlis Perasmiaan Cawangan Ke Enam IDEALYST MEDISPA di Putrajaya, MH sempat menemu bual pelakon tinggi lampai ini. Menurutnya, kini dia dan pasangannya itu sudah tetapkan tarikh perkahwinan dan akan melakukan majlis tersebut pada 20 Januari tahun hadapan dan majlis tersebut akan diadakan sekitar Kuala Lumpur.

Bila ditanya apa yang membuatkan dirinya terfikir untuk mengahwini gadis Maghribi itu, Idris memberitahu Sanaa Jeljalane memenuhi segala ciri-ciri wanita yang dicari.

IKLAN

“Oleh kerana dia boleh berbahasa Arab, dia banyak ajar saya. Dari situ saya nampak dia banyak membantu saya untuk archive benda tu, understading dan dia sentiasa ada waktu susah senang.

 

“Saya mengambil masa untuk membuat keputusan kahwin ni dalam masa setahun dan tempoh perkenalan kami jika masuk bulan satu tahun depan genap dua tahun.

 

“Lagipun memang saya target untuk berkahwin sebelum mencecah 30-an dan apabila tengok dia melengkapi apa yang saya cari jadi saya fikir mengapa perlu bazirkan masa,” jelasnya pada kami.

Malah Idris turut memberitahu keluarga bakal pasangannya itu akan turun ke Malaysia untuk majlis perkahwinan mereka berdua dan Idris juga akan tunjukan bagaimana budaya perkahwinan di sini.

Apapun, MH tak sabar nak tunggu hari berbahagia buat mereka berdua. Kami boleh bayangkan pasti kedua-duanya akan nampak cantik dan segak dengan persalinan pengantin.

IKLAN