Beberapa hari selepas pemergian tragis aktor popular China, Yu Menglong, ibunya akhirnya bersuara bagi menjelaskan keadaan sebenar di sebalik insiden itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui agensi mendiang di laman Weibo, wanita itu mengakui dirinya dilanda kesedihan luar biasa selepas kehilangan anak tersayang yang terjatuh dari sebuah apartmen di Beijing pada 11 September lalu.

“Saya mengalami kesedihan yang amat mendalam selepas kematian anak lelaki saya yang tercinta, yang jatuh selepas mengambil alkohol,” tulis ibunya dalam kenyataan tersebut.

Menurutnya, kejadian mengejut itu telah menjerumuskannya ke dalam duka berpanjangan. Beliau turut memaklumkan bahawa siasatan polis kini selesai dan urusan pengebumian anaknya juga telah disempurnakan.

Ads

Dalam masa sama, beliau menggesa orang ramai supaya menghentikan segala spekulasi tidak berasas mengenai tragedi itu. Katanya, masyarakat harus memandang perkara ini secara rasional tanpa mencetuskan polemik yang hanya menambah luka kepada keluarga.

Ibunya turut menyatakan harapan untuk kembali menjalani kehidupan yang tenang sambil menghargai memori bersama mendiang anaknya. Beliau berjanji kepada peminat untuk terus berusaha “hidup dengan baik setiap hari,” yang diyakininya adalah juga hasrat terakhir Menglong.

BACA JUGA: Aktor Popular China Yu Menglong Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Bangunan

Ads

Beliau juga berharap agar anaknya tenang, sambil menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tampil memberi sokongan, terutamanya mereka yang banyak membantu keluarga itu sejak dahulu.

Pemergian Yu Menglong pada usia 37 tahun mengejutkan dunia hiburan China. Sebaik sahaja berita kematiannya tersebar, pelbagai khabar angin mula berlegar di media sosial, termasuk dakwaan beliau ditemui selepas menghadiri sebuah perhimpunan peribadi di rumah rakan.

Ads

Bagaimanapun, kenyataan ibunya itu diharap dapat menamatkan pelbagai andaian yang masih bertebaran. Namun, ada juga segelintir peminat yang mempersoalkan kesahihan kenyataan berkenaan kerana beranggapan tiada bukti kukuh ia benar-benar ditulis sendiri oleh ibunya.

Imbas kembali, Yu Menglong sebelum ini dikenali menerusi beberapa drama dan filem popular termasuk Go Princess Go serta Eternal Love, yang melonjakkan namanya sebagai salah seorang bintang generasi baharu dalam industri hiburan China.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads