Salam Takziah buat Akim Ahmad yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta!

Melalui Instagram, Akim telah berkongsi berita sedih, ibunya Aminah Binti Bahari telah menghembuskan nafas terakhir beberapa jam tadi.

Apa yang menyentuh perasaan, Akim sempat menyelitkan ucapan terakhirnya buat ibu tercinta…

IKLAN

“Ibu tenang ye kat sana, Insyaallah Akim akan kirimkan apa sahaja untuk ibu, ibu rehat ya,” tulisnya diruangan kapsyen.

Jumaat lalu Akim ada berkongsi sedikit perkembangan serta meminta orang ramai terutama pengikutnya untuk mendoakan kesihatan ibunya.

IKLAN

IKLAN

Sayu hati apabila lihat rakan-rakan terdekat turut mengucapkan takziah serta kata-kata semangat buat Akim.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI