Ibu Syamsul Yusof Tidak Akan Tenang Selagi Puteri Sarah Belum Raih Kebahagiaan

Share

Ibu pengarah kontroversi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail tidak putus-putus memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat menantunya, pelakon Puteri Sarah Liyana.

Terbaharu, menerusi perkongsian di Insta Story, Patimah menyatakan dia tidak akan tenang selagi menantunya itu belum mengecapi kebahagiaan yang dicari.

“Selagi hidupmu tidak bahagia, selagi itu hidupku tidak akan tenang. Ya Allah bahagiakanlah mereka,” tulis Patimah yang turut memuat naik gambar Puteri Sarah bersama dua cahaya matanya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Pada 18 April lalu, Syamsul, 39, enggan lafaz cerai terhadap Puteri Sarah dan prosiding kemudiannya akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.

Susulan keengganan pengarah itu untuk melepaskannya, Puteri Sarah, 38, diwakili peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader kemudian telah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Syamsul yang didakwa tidak bertanggungjawab sebagai seorang suami.

Terdahulu, Syamsul pada 21 Mac lalu telah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isteri pertamanya itu yang didakwa curang terhadapnya apabila mempunyai hubungan dengan bekas teman lelaki yang berstatus suami orang.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN