Ibu Roslan Shah Telah Pergi Mengadap Illahi, Al-Fatihah

Share

Ibu kepada hos dan pelakon, Roslan Shah, telah pun meninggal dunia kira-kira jam 7.00 malam tadi.

Berita sedih itu dimaklumkan Roslan atau lebih mesra disapa Che Lan, menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

“Emak….Lan sayang emak …Ibu tercinta cik lan Meninggal jam 7 mlm di rumah BLK 727 Tampines Street 71 #02-03.

”Cik lan dah OTW dah nak masuk Ayer Keroh. Kepada Anda semua Sedekahkan Al fatihah untuk Ibu tercinta cik lan Puan Mariam Bte Kari,” tulisnya.

Serentak dengan berita itu, pengguna media sosial termasuk rakan selebriti sedekahkan doa serta mendoakan kesejahteraan buat Allahyarhamah.

Terdahulu, Roslan yang turut terlibat di dalam karnival jualan, Cik B Vaganza difahamkan sudah pun bertolak ke Singapura.

Malah, Roslan dalam nada sebak turut memaklumkan mengenai situasi arwah yang nazak pada ketika itu.

Perkara terbabit dikongsinya menerusi satu rakaman video pendek.

Terdahulu, arwah pernah menjalani pembedahan membuang batu dalam perut pada 12 Mac lalu sebelum disahkan menghidap kanser perut tahap empat Oktober lalu.

Doktor turut memaklumkan ibunya yang berusia 79 tahun itu mempunyai jangka hayat selama enam bulan hingga setahun untuk hidup.

Foto: Instagram Roslan Shah

IKLAN