Uncategorized

Ibu Mertua Anzalna Ditipu Ratusan Ribu, Suami Tunggu Masa Sesuai Dedah Individu Penipu!

Share

Meraikan Aidil Adha kali ini barangkali tidaklah seindah sambutan seperti tahun sebelumnya buat Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki apabila mereka mendedahkan ibu kepada Hanif sudah ditipu hampir setahun lalu oleh individu tidak bertanggungjawab.

Pasangan berkenaan mendedahkan hal tersebut menerusi media sosial masing-masing. Menerusi Instagram Hanif, suami kepada pelakon berkenaan memaklumkan ibunya sudah ditipu dengan nilai ratusan ribu, oleh seseorang dipercayai seorang wanita.

“Sudah hampir setahun IBU saya DITIPU, RATUSAN RIBU telah diambil oleh perempuan yang tak bertanggungjawab ini. Saya masih tidak membuka aib beliau lagi.

 

“Tunggu la masa yang sesuai, saya akan reveal kan juga untuk memberikan iktibar kepada org ramai dan tidak tertipu lagi dgn PEREMPUAN ini,” tulisnya.

Malah, Hanif turut memberitahu bahawa segala proses untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu berkenaan sudah pun dibuat.

“Segala tindakan undang undang telah diambil ( civil & criminal ) Sepandai sepandai tupai melompat akhirnya jatuh bersepai juga. Semoga diberikan hidayah dan mendapat balasan yang setimpal! Saya percaya Allah swt bersama sama dgn org yang teraniaya.

 

“Terima kasih @pdrmsia_official,” kongsi Hanif sambil disusuli dengan tanda palang #kitatunggu.

Anzalna turut memaklumkan perkara sama menerusi Instagram awal malam tadi.

Foto: Instagram Anzalna, Hanif

IKLAN