Meraikan Aidil Adha kali ini barangkali tidaklah seindah sambutan seperti tahun sebelumnya buat Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki apabila mereka mendedahkan ibu kepada Hanif sudah ditipu hampir setahun lalu oleh individu tidak bertanggungjawab.

Pasangan berkenaan mendedahkan hal tersebut menerusi media sosial masing-masing. Menerusi Instagram Hanif, suami kepada pelakon berkenaan memaklumkan ibunya sudah ditipu dengan nilai ratusan ribu, oleh seseorang dipercayai seorang wanita.

“Sudah hampir setahun IBU saya DITIPU, RATUSAN RIBU telah diambil oleh perempuan yang tak bertanggungjawab ini. Saya masih tidak membuka aib beliau lagi.

 

“Tunggu la masa yang sesuai, saya akan reveal kan juga untuk memberikan iktibar kepada org ramai dan tidak tertipu lagi dgn PEREMPUAN ini,” tulisnya.

Malah, Hanif turut memberitahu bahawa segala proses untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu berkenaan sudah pun dibuat.

IKLAN

“Segala tindakan undang undang telah diambil ( civil & criminal ) Sepandai sepandai tupai melompat akhirnya jatuh bersepai juga. Semoga diberikan hidayah dan mendapat balasan yang setimpal! Saya percaya Allah swt bersama sama dgn org yang teraniaya.

 

“Terima kasih @pdrmsia_official,” kongsi Hanif sambil disusuli dengan tanda palang #kitatunggu.

Anzalna turut memaklumkan perkara sama menerusi Instagram awal malam tadi.

IKLAN
View this post on Instagram

My mother in law just lost a few hundred thousand Ringgit. Rasa macam nak mention je nama perempuan tu! Bertudung dan berkaca mata tapi kadang-kadang dia buka tudung, sis confuse! ? Kami anggap semua ni ada hikmah. Zaman sekarang ni memang senang sangat ditipu! Berhati-hati la.. Ramai yang nak tunjuk hidup MEWAH terutama sekali di media sosial sampai sanggup MEMINJAM / MENIPU duit orang! Dah menipu kantoi, mula la keluar segala ayat dalam Al-Quran minta simpati konon nya mangsa keadaan. Bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi, hidup ikut kemampuan kita. Anzalna share sebab taknak korang pun terkena. Jangan ingat lelaki je boleh buat kerja ni, perempuan pun hebat juga! Siapa yang teraniaya jangan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang. Semoga kita semua dilindungi dan sentiasa dilimpahkan rezeki. Amin…❤️ #TakBaikMakanDuitHaram

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

IKLAN

Foto: Instagram Anzalna, Hanif

https://www.youtube.com/watch?v=YIqrSU1f238

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI