Ibu Jurulatih Manchester City Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Share

Memetik laporan Astro Awani, ibu kepada jurulatih Manchester City, Pep Guardiola meninggal dunia selepas disahkan dijangkiti Covid-19.

Ibu Guardiola, Dolors Sala Carrio meninggal dunia pada usia 82 tahun. Terdahulu Gaurdiola pulang ke Sepanyol sebelum negara itu menjalani perintah berkurung.

“Keluarga Manchester City berduka dengan laporan kematian ibu kepada Pep, Dolors Sala Carrio, di Manresa, Barcelona hari ini selepas dijangkiti koronavirus. Beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun.

“Semua yang berada di kelab ini ingin menyampaikan simpati kepada Pep, keluarganya dan kesemua rakan mereka pada waktu yang sukar ini,” sumber dipetik.

Minggu lalu, jurulatih itu menghulurkan sumbangan sebanyak  €1 juta (RM4.71 juta) kepada Yayasan Angel Soler Daniel bagi membiayai alatan perubatan di Catalonia.

Sepanyol merupakan negara paling terjejas di Eropah dengan lebih daripada 136,000 kes positif dicatatkan dengan lebih 13,000 mangsa meninggal dunia.

Sumber : Astro Awani

IKLAN