Masih lagi perihal rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa.

Dan ramai mungkin tidak pasti apakah sebenarnya yang menyebabkan keadaan menjadi rumit dalam kes tersebut setelah banyak pihak mula masuk campur dalam hal rumah tangga mereka.

Tidak cukup dengan kakaknya, sekarang ini, ibu kepada Joy pula mula bersuara membela anak kesayangannya.

Terbaru, ibu kepada Joy sendiri, Safiah Abbas turut memberi komen terhadap Hafiz di Facebook isu tidak sah perkahwinan yang didakwanya tempoh hari.

Ads

Puan Safiah telah memuatnaik gambar sedutan episod Romantika Raya Hafiz Hamidun bersama anaknya menerusi laman Facebook miliknya dengan kapsyen,

“Jom kita saksikan..katanya astro beri sebilik suami isteri ke Taiwan. Boleh pula gi honeymoon kata tak sah…Pening3 memang pening Netizen..”

Ibu Joy Revfa Buka Mulut Bela Anak

Disamping itu, Puan Safiah turut mengucap syukur setelah mendengar penjelasan JAIS dan dapat menjawab semua persoalan dan kebenaran pada pihak Joy dan keluarganya.

Ads

Ibu Joy Revfa Buka Mulut Bela Anak

BACA JUGA>  http://www.mediahiburan.my/lambatkan-faraq-hafiz-hamidun-ditegur-imam/

Ads

“Alhamdulillah..semoga penjelasan JAIS dapat menjawab semua persoalan dan kebenaran pada pihak kami.

 

“Segala apa yang berlaku ada hikmahnya. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mendoakan kami sekeluarga dan kami doakan anda semua sentiasa berbahagia dan tabah dalam menjalani kehidupan. Allah sentiasa menguji hamba yang disayanginya. InshaAllah pengakhiranya yang baik juga kepada besan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Puan Safiah turut mendoakan anak perempuan agar ditemukan dengan suami yang baik.

Ibu Joy Revfa Buka Mulut Bela Anak

“Ya Allah, kurniakanlah aku menantu-menantu lelaki yang mampu memberi nafkah zahir & batin untuk anakku. Happy tengok kawan-kawan ada ramai cucu.”

Mudah-mudahan kontroversi yang melanda perkahwinan antara penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy akan berakhir dengan baik.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI