Ibu Fauziah Nawi Kongsi 11 Tanda Manusia Lalai, Sampaikan Pesan Ustaz Beli Al-Quran Guna Duit Sendiri

Share

Pelakon senior, Fauziah Nawi ada membuat perkongsian bermanfaat di Instagram miliknya yang dikemas kini.

Bintang Curi Curi Cinta itu ada menyampaikan beberapa sebab manusia menjadi lalai, sebagai mana yang disampai oleh Ustaz Pahrol Mat Juoi menerusu Radio IKIM.

Penceramah berkongsi 11 tanda seseorang itu menjadi lalai hingga tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik.

Ini dia perkongsian yang dibuat pelakon yang sinonim disapa Ibu Fauziah Nawi ini;

Dengar di Radio IKIM… Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang LALAI. Mula² Ustaz kongsi tanda² LALAI.

Tanda2 LALAI antaranya:
1. Kurang membaca Al Quran
2. Kurang berzikir
3. Lalai dlm solat, kurang ingat pd Allah: – Tidak fokus, – Sering terlupa bilangan rakaat, – Melewatkan solat, – Kurang solat jemaah.
4. Banyak membuang masa utk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton tv.
5. Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6. Sentiasa sibuk dgn urusan dunia; mudah stress.
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati² dgn perkara yg syubhah & haram.
9. Tangguh utk bertaubat.
10. Malu utk belajar agama.
11. Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.

Ada juga Ustaz sebut:
_Jarak antara hati kita dgn ketenangan, ibarat jarak’ kita dgn Al-Quran._

Pesan Ustaz:
_Beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat dgn dia. (nak baca)_

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat LALAI:
1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.
2. ‘Bunuh’ kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama.
3. Hilang fokus dlm hidup.
4. Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.

Sebab-Sebab LALAI:
1. Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2. Berkawan dgn org² yg lalai.
3. Berada dlm persekitaran ‘rosak’. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem Yg melalaikan dll.

Cara² mengatasi LALAI:

1. Cari sahabat yg baik & soleh.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam utk solat tahajjud.
4. Banyakkan zikir & taubat.
5. Rajin baca quran.
6. Bersangka baik pd org lain.
7. Pemaaf.
8. Ingat mati.
9. Kurangkan makan.
10. Amalkan sunnah Nabi saw.
11. Bersabar bersyukur & bertawakkal.

Foto: Instagram Fauziah Nawi

IKLAN