Dalam ramai yang simpati, ada juga yang lontarkan kritikan bila ada yang mempersoal mengapa ibu kepada pelakon, Puteri Balqis tidak bekerja sedangkan masih punya kudrat.
Akhirnya si anak tampil merungkai segala persoalan yang bermain di benak fikiran.
Jelas Puteri Balqis sebagai menjawab persoalan serta turut didakwa terkait dengan kenyataan pelakon lain, dia memohon agar tidak melemparkan sebarang tuduhan kepada ibunya.
Malah tegas Puteri, si ibu telah berhabis puluhan ribu ringgit bagi mencari penawar bagi penyakitnya.
Malah, ibunya sebelum ini turut aktif menjalankan pelbagai jenis perniagaan bagi menampung kehidupan mereka.
Remaja berusia 13 tahun ini turut menegaskan si ibu tidak pernah sesekali mengerahkan tenaganya untuk bekerja, namun dia turut bersama kerana mahu menemani.
Ads
Dalam pada itu, dia menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ibunya penagih dadah. Walaupun sering ditahan polis namun ibunya bebas daripada najis dadah. Fizikal yang kurus disebabkan kerana tidak cukup makan dan depresi.
Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia ke-19 ini turut meluahkan bahawa dia tidak lagi akan berada dalam industri hiburan.
“Terima kasih buat Ibu Puteri..sahabat2 ibu puteri..doctor Puteri..peminat2 Puteri..Puteri mungkin tidak mempunyai pengikut yg ramai utk mengiyakan..utk bersorak utk puteri..cukuplah Tuhan kami sebagai pelindung kami…
Diuji dgn kesakitan..kita cari penawar..
Ads
Diuji dgn kesusahan..kita usaha..
Diuji dgn pengkhianatan..kita berhati-hati..
Diuji dgn kehilangan..kita hargai masa..
Ads
“You never know how people could be so heartless…until u’ve become a homeless..”
Terdahulu, menerusi kenyataan Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac memaklumkan Puteri Balqis telah menerima sumbangan lebih RM100,000 selepas tampil menerusi program Bersamamu.
Foto : Instagram Puteri Balqis
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli pada zaman remajanya.
Situasi pahit itu terpaksa dihadapi gara-gara penampilannya yang bertubuh gempal, suatu ketika dahulu. Malah jelasnya lagi, tiada lelaki yang mahu mendekati dirinya pada ketika itu.
Positif atas apa yang berlaku, pemenang tempat keempat bersama kumpulan Jborn menerusi program Maharaja Lawak Mega di samping Khir Rahman dan Ijoy bagaimanapun menyifatkan berbadan besar bukan satu kesalahan, malah ia pasti ada kelebihan tersendiri.
“Pengalaman paling teruk sewaktu zaman sekolah, tiada siapa mahu berkawan dengan saya. Tiada lelaki yang mahu rapat. Dahulu pemikiran masyarakat belum terbuka lagi.
“Disebabkan itu kini saya suka berkongsi pengalaman bagaimana mahu membina keyakinan yang tinggi setelah berkali-kali dipijak.
“Cantik bukan dilihat daripada bentuk tubuh, putih atau hitam. Tidak sama sekali. Semuanya cantik, apa yang penting bagaimana kamu membawa diri.
”Namun dengan syarat, penampilan diri juga harus dijaga. Sikap dan hati juga harus dijaga. Kalau ada yang menghina, biarlah. Kena sentiasa berfikiran positif,” terang Vicha.
Mahu kekal sihat dan cuba menjadi indvidu yang lebih baik, bintang asal Indonesia ini turut akui pernah melakukan prosedur sedut lemak selain pembedahan gastrik bypass dan sekali gus berjaya mengurangkan berat badan hingga mencecah 30 kilogram.
“Saya pernah menjalani pembedahan gastrik bypass dua tahun lalu dan berjaya mengurangkan 30 kilogram berat badan.
“Saya melakukannya kerana paras gula dalam badan mencapai tahap 22, kini ia kembali normal kepada 5. Selain itu, saya juga pernah melakukan prosedur sedut lemak tapi hasilnya kurang memuaskan.
“Apa pun, nasihat saya, ia semua bergantung kepada diri sendiri dan disiplin. Harus nekad. Tidak perlu lakukan pembedahan, makan pil diet atau sebagainya. Benar ia membantu, namun semua bergantung kepada nekad,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Vicha hadir memberi semangat dan motivasi pada sesi pelancaran Mis Claire demi menunjukkan sokongannya kepada kumpulan wanita Plus Size, baru-baru ini.
Koleksi Mis Claire berkenaan didapati menerusi laman sesawang Mis Claire, butik ataupun di Robinson Kuala Lumpur dengan harga bermula dari RM82.00 sehingga RM120.00.
Foto: Instagram Vicha Barbie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mahu mengabadikan memori bersama suami tercinta, isteri kepada penyanyi Sufi Rashid iaitu Nurulain Muhd Yusuf telah memberi kejutan istimewa buat suami sempena ulang tahun kelahiran ke-29 tahun.
Difahamkan, Ain telah membawa suaminya bersiar-siar melewati ruang udara sekitar Kuala Lumpur dengan menaiki sebuah helikopter baru-baru ini.
Perkara itu dikongsikan penyanyi yang sinonim dengan lagu Aku Sanggup itu di Instagramnya.
“Dari ketinggian 1500 kaki, ia adalah satu kejutan hari jadi dari isteri tercinta.
“Meski pelabagai cabaran dalam kehidupan yang kami lalui, kami tetap teruskan dan kami sebarkan kebahagian kepada orang di sekeliling kami.
“Kami telah melalui fasa kehidupan yang sukar tetapi kami tidak pernah sesekali toleh ke belakang. Kami percaya, itulah takdir.
“Allah telah merancang yang terbaik buat kami. Insyallah, walau apa jua yang terjadi, saya sentiasa mencintai awak. Thank you for the memorable surprise sayang,”tulisnya.
Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, memaparkan reaksi pasangan ini dilihat cukup gembira menaiki helikopter bersama.
Terdahulu, Sufi dan Ain bernikah pada 21 September tahun lalu di Malaysia, manakala seminggu kemudian mengadakan majlis di tempat kelahirannya, Singapura.
Foto: Instagram Sufi Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Paling dinanti, persembahan kumpulan Slam di program Konsert Minggu Ini di RTM 2 nyata ditunggu-tunggu peminat.
Mengalunkan lagu-lagu yang kekal malar segar sehingga ke hari ini, persembahan Slam Sabtu lalu dikira berjaya mengubat kerinduan ramai dan tidak hairan andai program bereknaan turut trending sepanjang siarannya!
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi akaun Instagram, Hiburan TV RTM.
“KITA TRENDING! Thank youu semua yg telah menonton KMI SLAM Sebentar td trending mlm ni uollss. Min rasa happy sangat-sangat.
“Penerbit Rashidah Ali ucap terima kasih kat korang semua masa siaran td dia watsap min suruh bagitau. Korang semua memang terbaik teruskan menyokong kami lovee!,” tulis admin akaun terbabit.
Malah menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja selain memuji Zamani yang tetap meneruskan persembahan meski tidak berapa sihat.