Ibu Chiwan Chilok Meninggal Dunia, Instagram Dihujani Rakan Ucap Takziah

Share

Ibu kepada pelakon dan pelawak, Chiwan Chilok, Rokiah Salam telah menghembuskan nafasnya yang terkakhir pada jam 11.05 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.

Khabar duka itu dimaklumkan sendiri oleh Chiwan atau nama sebenarnya Mohd Azwan Sabri menerusi entri terkini di laman Instagram.

“Mak saya baru meninggal dunia pukul 11.05 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Al-Fatihah Rokiah Bt Salam,” tulisnya.

Sementara itu, arwah ibu Chiwan dilaporkan telah selamat dikebumikan selum solat asar.

Perkara tersebut dikongsikan oleh rakan pelawak, Sharif Zero menerusi sekeping foto yang dikongsian di ruangan Instagram stories.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa duka selain turut mendoakan semoga ibu Chiwan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Sebelum ini, Chiwan pernah memaklumkan ibunya itu terpaksa ditidurkan berikutan masalah jangkitan kuman pada paru-parunya.

Malah, ibunya juga dikatakan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan kerana keadaannya yang sangat lemah.

Terdahulu, Chiwan juga merupakan salah seorang anggota kumpulan Ood yang bertanding di program Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ke-3.

Selain Chiwan, kumpulan Ood turut dibarisi dua anggota lain iaitu Man Raja Lawak dan Zahid Baharudin.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Chiwan Chilok

IKLAN