Categories: Berita

“Ibu Adalah Wanita Cantik & Terbaik Di Dunia,”- Liana Rosli

Share

Usahawan sensasi, Liana Rosli meluahkan rasa syukur kerana dianugerahkan seorang ibu yang penyayang dan sentiasa menyokong kerjayanya.

Mesra dengan panggilan Kak KM, dia turut menitip ucapan hari jadi buat ibunya, pelakon senior Normah Damanhuri bersempena dengan ulang tahun kelahiran semalam.

“Ibu adalah seorang wanita yang cantik, penuh kasih, luar biasa dan menjadi sedikit lebih tua harini tapi ianya tidak mengubah apa2 kasih sayang mu tetap utuh.

“Ibu ku terbaik dalam dunia ni, ye la mak aku kan mesti la aku cakap dia yang terbaik xkan cakap mak jiran pule. Selamat ulang tahun mak.

“Sayang mak sangat.. Sebab doa mak jugak sayang jadi apa sayang jadi sekarang

rezeki tak putus2 syukur alhamdulillah,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji keakraban dua beranak ini.

Foto: Instagram Liana Rosli

IKLAN