“Ibarat Menunggu Buah Yang Tak Gugur,” – Bagi ‘Teaser’ Figura Tepi Muka Bilal, Ada Peminat Excited Meski Ada Kecewa

Share

Meski anak sulungnya sudah mencecah usia hampir sembilan bulan, namun sehingga ke hari ini, selebriti popular Neelofa Mohd Noor masih belum mendedahkan wajah penuh Muhammad Bilal kepada umum.

Terbaharu, Neelofa, 33, sekali lagi memberikan ‘teaser’ wajah Bilal pada bahagian sisi di Instagram. 

“Okay Bilal, Ibu will stay at home today,” tulis Neeofa ringkas di ruangan kapsyen.

Dalam foto tersebut, Neelofa menggayakan busana serba merah jambu sedondon dengan tudung serta niqab yang dipakainya.

Rata-rata netizen serta rakan selebriti melahirkan keterujaan mereka dengan kecomelan Bilal.

Malah, ada dalam kalangan netizen juga turut berharap Neelofa agar segera berkongsi wajah Bilal untuk tatapan mereka.

“Kenapa Neelofa tak tunjuk muka Bilal dari lahir sampai sekarang? Bayangkan mana peminat yang dah sampai ajal, sampai ke sudah tak dapat tengok.

“Saya sendiri pun selalu intai nak tengok betapa comelnya Bilal, tetapi tak nampak pun. Ibarat menunggu buah yang tak gugur,” komen seorang peminat Neelofa.

Komen yang ditinggalkan itu mendapat perhatian ramai, yang mana mereka meminta agar menghormati keputusan bekas pengacara MeleTOP itu.

“Itu pilihan dia nak tunjuk atau tidak. Kita kena hormat pilihan orang.

“Aku bayang muka dia macam Jebat je, tiada orang lain dah,” komen netizen.

Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail, 27, pada 27 Mac tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

Foto: Instagram Neelofa

IKLAN