Uncategorized

‘Ibarat Macam Malaikat Diturunkan Dari Langit’ Norman Hakim Puji Suami Abby Abadi, Tersentuh habis!

Share

Sebut sahaja keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi pasti ramai yang mengkagumi keakraban mereka sebagai sebuah keluarga besar.

Walaupun masing-masing sudah berkeluarga dan membawa haluan sendiri namun keintiman mereka semakin hari semakin akrab!

Terbaru Norman Hakim ada berkongsi sedikit perkembangan dan luahan hatinya terhadap suami kepada bekas isterinya Abby Abadi di Instagram.

Rata-rata tersentuh dengan luahan Norman yang cukup bermakna.

MH tidak nafikan kata-kata Norman sangat ikhlas dan boleh dijadikan sebagai contoh kepada masyarakat.

MH difahamkan, Norman dan Memey (isterinya) tidak dapat bersama-sama menghantar anak hasil perkongsiannya bersama Abby Abadi ke Turkey untuk menyambung pelajaran di sana.

Oleh kerana itu, suami kepada Abby iaitu Jai Ezzany menghubungi Norman dan memberi update terkini tentang perjalanan mereka di sana.

Aduh hebat betul mereka dua keluarga ini. Apapun MH doakan semoga perjalanan Abby dan suaminya dipermudahkan di sana dan segera pulang ke Malaysia!

IKLAN