Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek mengenang kembali detik cemas sewaktu menyelamatkan aktres, Maya Karin yang hampir lemas sewaktu penggambaran filem Duyung 16 tahun yang lalu.
Menurut Saiful, insiden tersebut masih segar diingatan dan masih terngiang-ngiang sehingga hari ini.
“Ketika kejadian, hanya Maya yang terlibat untuk penggambaran babak terakhir. Pada hari itu, kebetulan saya pergi menyelam berdekatan kawasan set untuk menghabiskan baki tangki oksigen.
“Ketika menyelam, saya ternampak Maya bergelut di bawah pulau buatan. Rupa-rupanya klip dan rambut palsu Maya tersangkut di jaring dan pihak produksi tak nampak kerana keadaan gelap.
“Jadi, saya yang berada di dalam laut terus selamatkan Maya. Lima minit di dalam laut itu jangka masa yang lama. Maya pula tidak menggunakan tangki oksigen dan berenang dengan memakai ekor duyung,” katanya kepada MH.
Ads
Anggota kumpulan Senario itu berkongsi kisah tersebut ketika ditemui di majlis sidang media pengumuman barisan pelakon filem ‘Duyung: Lagenda Aurora’ yang diadakan di The Wetland Studio Putrajaya, pada Selasa.
Katanya lagi, dia juga terkejut apabila mengetahui Maya bersetuju untuk kembali melakonkan watak duyung selepas apa yang pernah dilaluinya sebelum ini.
IMG 0156
“Ini perkara yang tak pernah saya dedahkan. Ia trauma buat saya dan Maya. Saya juga agak terkejut bila Maya bersetuju untuk kembali berlakon sebagai Duyung.
“Kalau ia terjadi kepada saya, saya akan fobia,” kongsinya lagi.
Ads
Mengulas mengenai projek sekuel ini, Saiful akui agak gemuruh lebih-lebih lagi untuk memenuhi ekspektasi peminat.
IMG 0157
“Kebiasaannya sekuel dibuat dalam jangka masa yang rapat. Ada filem yang sesuai untuk dibuat sekuel dan ada juga filem yang tak boleh bersambung. Ia berkemungkinan gagal dan mencalarkan reputasi filem asal.
“Pada mulanya, saya risaukan jalan cerita. Namun, pihak produksi memberi peluang buat saya untuk meberikan input supaya timeline filem ini sesuai.
“Pada masa sama, saya juga tidak kisah jika peranan saya kecil. Pada saya, untuk menghidupkan francais ini juga bukan mudah dan perlu pengorbanan. Jadi, saya faham,” akhirinya.
Ads
Selain Saiful, filem ini turut mengembalikan barisan pelakon-pelakon asal seperti Maya Karin, Yasmin Hani dan Yassin.
Malah, beberapa pelakon baharu turut diperkenalkan seperti Ayien Floor 88, Anna Jobling, Nadia Brian, Atu Zero dan Syarif Zero.
Duyung: Lagenda Aurora bakal memulakan penggambaran pada 13 September sehingga Oktober ini.
Filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada suku ketiga 2025.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti media sosial yang kini bergelar pelakon Aya Amiruddin belum bersedia untuk membuka hati kepada mana-mana lelaki setakat ini selepas melalui episod putus tunang sebelum ini.
Aya, 27, bagaimanapun lebih senang untuk berkawan terlebih dulu sebelum mengenali hati budi seseorang untuk dijadikan teman hidup.
Malah keberadaan seorang lelaki yang hadir menemaninya pada Majlis Malam Gala Filem Pontianak 200KG di Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa lalu juga tidak lebih sekadar teman biasa.
“Dia hanyalah kawan, bukan tahap tengah mengenali pun. Tidak semestinya bila saya bersama dengan seorang lelaki, itu dinamakan bercinta.
“Sebenarnya dia ialah kawan lama dan kami kenal sebelum saya masuk industri lagi. Jadi bila baru-baru kembali berjumpa, dia ada menyatakan minat untuk hadir menonton filem lakonan saya ini.
“Saya okay sahaja dan dia hadir menyaksikan. Itu sahaja,” katanya.
Sekaligus, Aya menepis dakwaan bahawa dirinya sedang bercinta dengan lelaki berkenaan.
“Tidak… kami hanya berkawan, tak lebih dari itu. Terlalu awal rasanya untuk kembali bercinta.
“Saya sebenarnya perlukan masa untuk healing selepas empat tahun saya bersama orang itu (bekas tunang), takkanlah lepas beberapa bulan sudah bersama dengan orang lain pula kan?
“Jadi buat masa sekarang Aya hanya nak fokus dekat karier berbanding hubungan cinta,” katanya lagi.
Ditanya sama ada dia pernah didekati atau rapat dengan mana-mana lelaki Melayu, Aya mendedahkan situasi itu tidak pernah berlaku.
“Masalahnya lelaki Melayu tak ada yang nak. Tapi sekiranya ada, mengapa tidak. Namun tidak menafikan ada yang pernah cuba untuk mendekati, namun ia tidak menjadi. Tak tahulah sebab apa.
“Saya pun tidak meletakkan kriteria tertentu dalam hal berkaitan jodoh. Kalau Allah sudah gerakkan hati dan itulah jodoh, saya terima sahaja.
“Cuma mungkin lah kot lelaki Melayu ‘takut’ untuk mengenali saya. Saya tak pasti kenapa sebabnya saya tak pernah ada hubungan serius dengan mana-mana lelaki Melayu sebelum ini. Setakat kenal-kenal begitu adalah…,” katanya.
Terdahulu, pempengaruh berdarah kacukan Melayu dan Afrika ini pernah menjalinkan ikatan pertunangan dengan lelaki yang dikenali sebagai Eronmose Sleem.
Namun perhubungan tersebut tidak bertahan lama apabila mereka berpisah susulan tidak lagi mempunyai persefahaman dan bukannya disebabkan oleh orang ketiga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Luahan sedih ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail pada Khamis mencuri perhatian ramai.
Perkara tersebut dikongsikan Patimah menerusi Insta Stories, sejurus Syamsul sah bercerai talak satu dengan Ira Kazar.
“Sejujurnya mengalir air mataku melihat anakku mengharungi takdir hidup seorang diri,” katanya.
Tambahnya, dalam apa jua keadaan dia sebagai ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak.
“Namun doa sentiasa mengiringi hidupmu agar dipermudahkan segala urusan,” kongsinya lagi, tanpa merujuk kepada mana-mana anaknya secara spesifik.
Terdahulu, kisah hubungan Syamsul bersama kedua ibu bapanya sebelum ini menjadi tumpuan apabila dia dikatakan sudah lama tidak pulang ke pangkuan keluarga.
Bagaiamanpun tidak pernah didedahkan punca kemelut yang berlaku.
Malah Syamsul ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Khamis juga tidak berkongsi panjang tentang isu berkenaan.
Baginya, lebih baik menyelesaikan konflik secara peribadi dan tidak membabitkan orang luar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.
Sumber yang mengesahkan perkara itu kepada BH Online, bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci mengenainya.
“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya.
“Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan,” katanya.
Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura, 41, dan Fattah, 33, hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Berita Harian Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.