
Pempengaruh media sosial, Sally Whoo mengulas mengenai sikap segelintir pihak yang gemar mengecam dan mengkritik gaya solekan orang lain di media sosial.
Menurut Sally atau nama sebenarnya, Nur Salihah Aimuni, setiap individu mempunyai cara serta keselesaan tersendiri ketika bersolek.
Justeru, dia berpendapat perkara tersebut tidak wajar dijadikan isu besar.

“Saya biarkan sahaja dan memilih untuk tidak melayan. Pada saya, setiap orang ada stail solekan masing-masing. Cara mana yang kita sudah terbiasa, kita teruskan sahaja.
“Jika ada yang tak suka, mungkin mereka tidak tahu atau tak pernah cuba stail solekan yang tertentu. Segalanya ikut citarasa masing-masing juga.
“Pada saya, stail solekan ini merupakan perkara subjektif. Tiada betul atau salah. Apa-apa cara pun boleh sahaja,” katanya kepada MH.
Terharu Video Solekan Masih Jadi Rujukan
Dalam pada itu, Sally mengakui dia berasa terharu apabila video solekan yang dihasilkannya sejak dahulu masih mendapat perhatian dan menjadi rujukan ramai sehingga kini.
Menurutnya, dia sendiri tidak pernah menyangka perkongsian mengenai teknik solekan yang dimuat naik di media sosial mampu memberi impak kepada para pengikutnya.

“Sejujurnya saya sangat gembira. Saya tak pernah jangka video-video solekan saya itu bakal disukai dan menjadi rujukan orang lain.
“Saya selalu terima komen daripada netizen, mereka mengikuti saya sejak mereka masih bujang, berkahwin dan sehinggalah mempunyai anak. Mereka belajar daripada video-video saya.
“Ada juga yang kata mereka kini tahu buat kening sebab tengok video saya, ujarnya lagi.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran All Star Influencer Awards (ASIA), baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah pengerusi ASIA, Datuk Abd. Rahman Soltan, yang turut teruja untuk meraikan penghuni rumah anak-anak yatim serta pelajar tahfiz bagi berbuka puasa bersama para pempengaruh tempatan.

“Program ini bukan sekadar menghimpunkan pempengaruh tetapi juga memberi peluang kepada mereka berkongsi rezeki dan menanam rasa keprihatinan kepada anak-anak yatim dan pelajar tahfiz,” katanya.
ASIA Perkenal Program Baharu & ‘Update’ Acara Tinju
Dalam perkembangan lain, ASIA turut memperkenalkan inisiatif Influencer Partnership Program (IPP) bagi menggalakkan pempengaruh media sosial membina jenama serta produk mereka sendiri.

Menurut Abd. Rahman, program tersebut membuka peluang kepada golongan pempengaruh untuk menghasilkan dan memasarkan produk sendiri, sekali gus membantu mereka menjadi usahawan muda yang lebih berdaya saing.
Pada masa sama, beliau turut optimis acara tinju All Star Championship Dubai 2026 akan berlangsung seperti yang dijadualkan meskipun keadaan pergolakan di Timur Tengah masih belum reda.
Jelasnya, pihak penganjur akan memastikan keadaan di venue pertandingan berada dalam keadaan selamat sebelum acara tersebut dilangsungkan.
“Program perlawanan tinju ini akan tetap diteruskan di Dubai. Kita akan pastikan suasana di sana reda dahulu.
“Jika keadaan masih belum reda dan bahaya dalam masa seminggu sebelum acara berlangsung, kami mungkin akan melewatkan sedikit acara itu sehinggalah keadaan menjadi tenang.
“Program akan tetap dijalankan kerana segala persiapan untuk para influencer ini bertanding sudah pun disiapkan,” katanya kepada MH.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Foundation Stick Mudah Pakai & Tahan Lama
Tekstur ringan dengan berus terbina memudahkan sapuan, beri litupan tinggi tanpa mekap bercapuk
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




