Teka-teki mengenai hala tuju penyampai radio, Dj Nazz selepas meninggalkan stesen radio Gegar akhirnya terungkai selepas dia diumumkan sebagai ahli keluarga baharu stesen radio Molek FM.
Pengumuman tersebut dibuat secara langsung pagi tadi menerusi segmen Molek pagi yang dikendalikan oleh gandingan penyampai radio, Fizi dan Mek Zura.
“Hari ini, kali pertama kami berada di satu siaran, satu saluran dan satu studio dengan orang yang dah lama kita kenal. Perkara ini memang dah jadi perbualan hangat diantara netizen di platform media sosial kita bermula Jumaat lepas.
“Inilah dia anggota baharu Molek FM, kita persilakan Dj Nazz,” katanya.
Video pengumuman tersebut turut di kongsikan di laman Instagram Molek FM, pagi tadi.
Ketika ditanya mengenai keputusannya untuk meninggalkan stesen radio terdahulu dan memilih untuk menyertai sebuah jenama radio baharu, Dj Nazz menyifatkan segala yang berlaku ini ada perancangan yang telah disusun oleh yang Maha Esa.
“Sepanjang 17 tahun saya berkhidmat di stesen radio sebelum ini, ada juga fasa-fasa apabila orang bertanya tetapi saya masih lagi tidak berpindah. Bagaimanapun, di Molek FM ini saya memutus untuk berpindah.
“Kita merasakan seperti kita yang merencanakan segalanya tapi saya berpandangan ia lebih kepada tulisan dan takdir tuhan. Agaknya rezeki saya kali ini disini. Itu sahaja,” ujar Dj Nazz.
Pada masa sama, Dj Nazz atau nama sebenarnya Nazrin Nordin turut berharap agar perjalanannya bersama stesen radio baharu ini akan sentiasa dipermudahkan.
“Dalam hidup pun bila kita nak buat sesuatu keputusan, kita tak buat sembarangan. Kita sandarkan pada tempat yang betul.
“Bila kita dah buat pertimbangan dan memikirkan segalanya, kita langkah sahajalah dan kita mengharapkan yang baik-baik sahaja. Harap-harapnya begitu.
“Kalau nak kata mengenai berat hati tu, kita pun bukan semberono je buat keputusan,” kongsinya lagi.
Bermula hari ini, Dj Nazz bakal bergandingan bersama rakan penyampai, Mat Dan menerusi segmen Molek Petang bermula jam 3 hingga 7 petang.
Bulan lalu, penyampai yang sinonim menerusi program Bagitu Begini Dj Nazz itu telah mengejutkan ramai pihak apabila dia mengumumkan pengunduran dirinya daripada Gegar selepas hampir 17 tahun berkhidmat di stesen radio yang popular di Pantai Timur itu.
Malah, Jumaat lalu, akaun Instagram Molek FM telah memuat naik sebuah video teaser mengenai penyampai radio terbaru mereka itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dj Nazz & Molek FM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selain menyanyi, Asmidar kini melakar satu pencapaian baharu dalam kerjayanya apabila bergelar pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Mengajar subjek teater tradisional Mek Ulung, Asmidar atau nama sebenarnya, Norhasmidar Ahmad, 36, berkata impiannya sejak dari kecil untuk bergelar pendidik akhirnya dimakbulkan Allah.
“Sekarang saya tumpukan masa dalam bidang pendidikan. Saya mengajar di ASWARA untuk teater tradisional… rasa seronok mengajar subjek ini sebab nak beri lebih pendedahan kepada generasi muda mengenai teater jenis ini.
“Dulu saya pernah cakap dengan pensyarah saya iaitu Datuk Syafinaz Selamat yang saya nak jadi pensyarah dan Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan impian saya.
“Walaupun sibuk mengajar, tapi nyanyian masih lagi dalam industri, masih lagi menyanyi. Saya rasa enjoy sebab boleh buat dua benda yang saya minat dalam satu masa,” kata Asmidar kepada Media Hiburan.
Asmidar ditemui pada majlis Jalinan Iftar Pertubuhan Pendidikan dan Kebajikan Cahaya Kasih yang diadakan di World Trade Center, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dalam pada sibuk mengajar, Asmidar turut turun padang membantu gerai jualan martabak yang telah diusahakan oleh bapanya sejak 30 tahun di Bazar Ramadan Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
“Sudah semestinya bila ada kelapangan masa memang saya turun bantu ayah jual murtabak. Alhamdulillah penduduk-penduduk di sekitar Wangsa Maju memang dah kenal dengan murtabak ayah saya.
“Walaupun SOP sudah dilonggarkan, saya tengok orang ramai masih lagi jaga SOP masing-masing.
“Baguslah mereka faham dan tahu jaga diri masing-masing… terasa meriah bila bazar kini dibolehkan selepas dua tahun tidak dibenarkan disebabkan bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Asmidar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sukses menerusi drama Projek Anchor SPM dan I-Tanggang, pelakon meningkat naik, Nadhir Nasar kini tampil menerusi ‘mini series’ terbaru, Nusyuz Berkiblat Cinta.
Menurut Nadhir, naskhah berkenaan sememangnya memberikan pengalaman baru buat pendatang baru sepertinya kerana ini pertama kali dia membawakan watak sebagai seorang suami.
“Pengalaman membawa watak Erfhan sangat berbeza dengan watak-watak yang pernah saya bawa sebelum ini. Kali pertama saya jadi seorang suami. Malah, suami yang dayus.
“Sebelum ini, saya banyak memainkan watak sebagai remaja atau budak sekolah. Jadi, kali ini saya ingin mencabar diri sebagai seorang yang dewasa.
“Pengalaman berlakon bersama Hadith Omar, Shaza Bae, Fikry Ibrahim dan Emma Maembong memang sangat luar biasa. Walau drama ini hanyalah mini series, tapi banyak pengalaman yang saya dapat,” katanya kepada MH.
Juara Hero Remaja 2020 ini turut menambah, keserasiannya bersama Shaza Bae juga banyak membantu menghidupkan watak Erfhan.
Katanya lagi, dia dan Shaza cuba berusaha sebaik mungkin menjadikan lakonan mereka tampak nyata lebih-lebih lagi bila melibatkan adegan penderaan.
“Gandingan saya dan dia yang membawa watak sebagai isteri pun serasi. Sebagai pelakon baru, saya sangat suka bila gandingan saya ‘memberi’ ketika berlakon bersama.
“Bila melibatkan babak pukul memukul, sebagai seorang pelakon, saya tidak mengawal pun berbuatan saya. Semua rasa amarah itu saya lepaskan. Cuma, cara atau ‘method’ lakonan itu harus dibuat dengan betul. Kita ada cara untuk memukul tapi tidak menyakitkan.
“Saya banyak bergerak mengikut rasa. Kadang-kadang kita tak buat latihan pun sebab kami inginkan emosi yang nyata dan bukan dibuat-buat,” kongsinya lagi.
Drama Nusyuz Berkiblat Cinta arahan Hadith Omar ini bersiaran pada setiap Ahad jam 9 hingga 11 malam di saluran Astro Ria dan Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Memey Suhaiza mendedahkan suaminya yang juga aktor, Norman Hakim setiap hari menguruskan anak-anaknya ke sekolah tiap pagi.
Berkongsi momen dua anak lelakinya itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Memey turut bersyukur kerana dua anak lelakinya itu turut lengkap berpuasa.
“Assalammualaikum. Selamat pagi dari keluarga kecil mummy. Minggu akhir anak-anak sekolah di @abedeen.academy sebelum bercuti raya. Yeaa seronok lain mcm tahun ni.
Lagi mummy seronok sebab Awishz, Kikim dapat puasa penuh sampai hari ni lancar semuanya. Mummy doakan semoga hari ni hari yang baik untuk kita semua. Dipermudahkan segala urusan, jaga diri baik-baik.
“Thank you papa @normanhakim_786 hari-hari uruskan anak, a-z. Senang kerja mummy. Selalu part mummy urus makanan bekal & breakfast anak. Time puasa ni mummy relax,” jelas Memey.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat memuji cara pengurusan anak-anak oleh pasangan selebriti ini.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...