Perkongsian terbaru di laman Instagram The Family UK nyata menyentuh perasaan apabila Fatimah difahamkan telah diserang Anxiety.
Dikatakan, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.00 pagi.
Malah, setiap kata yang diluahkan anak kecil ini seperti menggambarkan kesedihan yang bersarang dalam hatinya.
Menurut si ibu, pada mulanya dia menyangka Fatimah mendapat mimpi buruk.
Namun dia sedar ada sesuatu yang tidak kena apabila Fatimah mula berdiam diri dan seakan-akan sukar bernafas.
Apa yang menyedihkan, Fatimah turut merindui arwah Adam Didam dan ketakutan apabila Athisha pulang ke Malaysia dan tidak akan kembali lagi bersama mereka.
“ANXIETY ATTACK
“Semalam, Fatiman mendapat serangan anxiety pada pukul 4 pagi. Pada mulanya saya menyangka dia hanya mempunyai mimpi buruk, jadi saya minta dia tidur kembali.
Ads
“Dia berdiam diri dan tidak mahu bercakap. Selepas beberapa minit, dia mula bernafas dengan kuat. Dan pada waktu itu saya tahu ada sesuatu yang tidak kena. Saya tenangkan diri dahulu jika tidak keadaan akan jadi lebih teruk.
“Jadi saya dekatkan diri dan mintanya bertenang. Fatimah mula menangis.
“Saya mahu Mamajee. Saya takut. Kakak Athisha akan pergi dan tidak akan pulang seperti Mamajee,” kata Fatimah.
“Pada waktu ini saya sedar, punca serangan anxiety kerana kepulangan Athisha ke Malaysia sempena sambutan Krismas. Perpisahan menyebabkannya diserang panik. Dia tidak mahu ke sekolah, menolak sarapan pagi dan sering menangis.
“Namun syukur kami punya lebihan lasagne, makanan kegemarannya. Selepas makan tengahari, suami membawa Fatimah keluar membeli belah untuk menghirup udara segar.
Ads
“Alhamdulillah, dia bertambah baik dan bersedia untuk ke sekolah,” kongsinya.
Menurutnya, serangan ini bukan hanya terjadi kepada orang dewasa, kanak-kanak juga tidak terkecuali.
“Saya kongsikan isu ini untuk semua ibu bapa di luar sana. Anxiety itu wujud, bukan sahaja di kalangan orang dewasa, namun juga kanak-kanak.
“Ia bukan petanda kita lemah, malah bukan untuk mencari perhatian. Ia adalah proses normal kesedihan. Tolong jangan biarkan emosi anak-anak terabai.
“Jika anda melalui proses yang sama, ketahuilah anda tidak keseorangan. Terus bertahan. Kuatkan diri. Jika ia bertambah parah, tolong dapatkan rawatan profesional.
Ads
“Terima kasih Athisha kerana mengangkat telefon pada tengah malam dan maaf kerana membuat kamu risau.
“Tolong jangan fikir berlebihan kerana Fatimah sudah ok. Selamat bercuti dan jumpa lagi selepas tahun baru,” tulisnya panjang lebar.
Perkongsian ini meruntun hati netizen yang turut sebak dengan luahan hati Fatimah.
Terdahulu, chef selebriti, Adam Mahamed Ismail, 29, atau lebih dikenali sebagai Adamdidam meninggal dunia di rumah ibu bapanya di Kota Bharu akibat jangkitan paru-paru, 19 Mei lalu.
Foto : Instagram Family UK
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Finalis Dewi Remaja 2018/19 yang kini bergelar pelakon, Anna Jobling tidak sangka apabila namanya tersenarai sebagai antara personaliti tempatan dengan carian tertinggi di Google, pada tahun ini.
Anna, 22, yang berada di posisi ketujuh di dalam senarai berkenaan tidak menafikan, kejayaan drama Melur Untuk Firdaus sebelum ini menjadi faktor utama namanya menjadi perhatian di media sosial.
“Jujurnya saya terkejut apabila tersenarai di antara 10 personaliti paling banyak carian Google di Malaysia untuk sepanjang tahun 2022.
“Saya yakin carian itu adalah atas sebab-sebab positif mengenai karier. Drama Melur Untuk Firdaus banyak membantu menaikkan nama saya. Selain itu sokongan peminat dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Asia Tenggara buat saya terharu,” katanya.
Bintang berdarah kacukan ini turut menambah, dia tidak pernah terfikir untuk berada pada tahap sekarang.
“Tersenarai dalam 10 individu paling banyak carian di Google membuatkan saya rasa lebih merendah diri kerana tak terfikir akan ada ramai individu yang melakukan carian nama saya.
“Saya rasa semua orang menggunakan carian di Google apabila mahu mendapatkan info, jadi saya berterima kasih kerana ia membuatkan saya mahu terus memberikan yang terbaik dalam karier.
“Pihak pengurusan saya, Mask Team juga telah merangka banyak perancangan berkaitan karier saya dan Alhamdulillah semuanya boleh dikatakan berjaya. InshaAllah untuk tahun 2023 ini,” katanya lagi.
Terdahulu menerusi data yang dikongsikan Google, carian tertinggi personaliti tempatan di Google Malaysia ialah Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diikuti Zalina Azman.
Bekas personaliti televisyen itu mendapat perhatian susulan misteri kehilangannya sejak lebih setahun lalu didedahkan media.
Selain Anna dan Zalina, figura lain yang turut tersenarai dalam carta 10 teratas termasuk Nik Adam Mika dan penyanyi Yasin Sulaiman di tangga ke-10.
Penyanyi Zehra Zambri memberikan kejutan menerusi saingan minggu ke-10 Gegar Vaganza musim 11 (GV11) malam tadi apabila memperoleh kutipan markah tertinggi kali ini dengan 80.00%.
Tiga Juri Beri Komen Positif
Zehra menerima komen positif daripada ketiga-tiga juri, menyampaikan dua buah lagu sebagai menyahut cabaran tema ‘RockDut’ Gabungan Dua Genre Lagu.
Kedudukan kedua dan tiga masing-masing menjadi milik Liza Aziz dengan 75.50% dan The Lima, 68.30%.
Ning Baizura dan Dyrga Dadali pula di ranking yabg keempat dan kelima.
Semak senarai ranking kesemua peserta GV11 minggu ini mengikut kedudukan;
Sementara itu, Fairuz Selamat kurang bernasib baik apabila diumumkan sebagai tersingkir selepas mendapat markah terendah dengan 64.40%.
Fairuz yang menyampaikan lagu Hang Pi Mana & Yang Penting Hepi gagal menambat hati para juri.
Cabaran Separuh Akhir
Minggu hadapan, kesemua bintang yang masih kekal akan menyahut cabaran tema ‘Separuh Akhir’, di mana mereka perlu menyanyikan lagu lagu berentak laju dan perlahan secara medley.
GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta kali ini diadili oleh juri tetapnya iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gelombang kedua yang mencatatkan peningkatan mendadak dengan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sebanyak 99 kes cukup membimbangkan.
Jelas Yatt Hamzah menerusi laman Instagram miliknya, soal nyawa dan kelangsungan generasi bukan sesuatu yang harus dipandang enteng.
Tegasnya, amat penting untuk kita menjauhi maksiat dan perkara yang melalaikan, dan cukuplah berhibur.
Dia turut memohon agar umat Islam agar memperbanyakkan beristighfar dan menunaikan solat sunat.
“KENA BUANG MAKSIAT. BANYAKKAN IBADAT. BOLEH ATAU TAK? Ni bukan benda main2. Ini melibatkan nyawa dan kelangsungan generasi kita. Kalau sayangkan nyawa sendiri dan keluarga “KOMEN BOLEH ” .
“AYUH BUANG MAKSIAT JAUH2.. BENDA2 YG MELALAIKAN KITA SAMA2 JAUHI .. TAK JADI KALAU SORANG DUA JE YG BUAT. KENA SEMUA SEKALI BUAT BERJEMAAH. PLEASE..KALAU SYGKAN DIRI DAN KELUARGA CUKUP2LAH BUAT PERKARA LAGHA DAN MELALAIKAN. CUKUP2LAH HIBURAN..CUKUP2LAH BERHIBUR.. CUKUPLAH.
“BANYAKKAN ISTIGHFAR.. ASTAGHFIRULLAHALADZIM. BANYAKKAN ZIKIR DAN IBADAH…SOLAT SUNAT..PUASA SUNAT..MOHON MAAF PD SEMUA DAN MEMAAFKAN. MOGA ALLAH AMPUNKAN KITA DAN BERI JALAN KELUAR.
AAMEEN.
“SATU2NYA UBAT utk COVID19 & mana2 WABAK penyakit menular adalah AMAR MARUF NAHI MUNKAR. BUANG MAKSIAT & LAGHA. BANYAKKAN ISTIGHFAR, MUNAJAT & IBADAT. KENA BUAT CEPAT SEBELUM TERLAMBAT,” kongsinya.
Terbaru, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sehingga 8 Mac 2020, jam 12 tengah hari, terdapat enam kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan.
Foto : Instagram Yatt Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Komposer dan penyanyi, Ajai, menarik perhatian peminat apabila berkongsi beberapa foto kandid bersama penyanyi berbakat besar, Nadeera, di media sosial.
Perkongsian itu sekali gus memberi...