“I Still Repeat The Things U Said To Me In My Head,” – Terluka Dengan Kata-Kata? Irma Hasmie Mengadu Dengan Allah

Share

Sukar baginya melupakan kata-kata yang cukup mengguris hati yang dilemparkan, jelas pelakon Irma Hasmie, kadang kala bukan sengaja mahu mengungkit semula, namun ada kalanya ia datang dengan sendiri mengganggu fikiran.

Malah dia turut memanjatkan doa agar diri dilindungi daripada sebarang perkara yang memudaratkan.

“I still repeat the things u said to me in my head.” Pernah terjadi pada anda?

“Saya faham terkadang bukan sengaja nak memikirkannya tapi realitinya kata-kata itu menganggu dengan sendiri tanpa henti.

“Moga Allah melindungi kita dari sebarang perkara yg memudaratkan. Hanya Allah tempat mengadu,” ulasnya.

Serentak dengan perkongsiannya, netizen turut meluahkan rasa di ruang komen.

Benarlah, kata-kata lebih tajam daripada pisau.

Foto : Instagram Irma Hasmie

IKLAN