Hos Gegar Vaganza 9, Nabil Ahmad tampil membuat kejutan istimewa bersempena dambutan ulang tahun perkahwinan ke-11 bersama isteri, Nazirah Ayup secara langsung di pentas rancangan realiti popular itu.
Terlihat sebak terharu, Nabil menjemput isterinya yang mesra disapa Zira, naik ke pentasmenuju ke kek tiga tingkat yang tersedia.
“Hari ini memang hari yang istimewa buat saya, saya ingin menjemput isteri naik ke atas bagi menyambut anniversary perkawinan kami.
“Kerana terlalu sibuk jadi kita sambut di atas pentas,” katanya sambil diiringi iringan muzik petikan Leman Band yang memainkan lagu Dealova.
Ads
Nabil pada masa sama turut mengucapkan penghargaan buat isterinya itu dan berterima kasih kerana membesarkan anak-anak mereka.
Pelawak dan pelakon itu turut berdoa supaya dia hanya memandang isterinya dan tidak melihat wanita lain.
Ads
“I sayang You sehingga Allah memisahkan kita,” kata Nabil.
Ads
Nazirah menguntum senyum manis dan bergenang air mata terharu dengan kejutan itu.
Imbas kembali, Nabil, 39, bernikah dengan Nazirah, 34, pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 10, Layla Medyna, 7 dan Mishall Imani, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas lebih 30 tahun tidak mengenakan kebaya, pelakon Liza Abdullah akhirnya ‘terpaksa’ akur tampil berbusana tradisional itu khas untuk pementasan teater Nyonya yang bakal dipersembahkan pada 15 dan 16 Oktober ini.
Liza atau nama sebenar, Norliza Abdullah berkata di kala usianya yang sudah mencecah 58 tahun dia lebih selesa menggayakan pakaian longgar namun tidak keberatan untuk memakai kebaya demi menjalankan tugasnya sebagai pelakon.
“Saya dalam usia macam ini kalau boleh nak pakai baju longgar sahaja, tapi disebabkan tanggungjawab, kita sarungkan kebaya.
“Siapa tengok teater ini dapatlah tengok saya berkebaya.
“Anak saya tadi pun terkejut sebab tak pernah nampak saya pakai macam ini… selama ini kan berlakon pakai baju longgar-longgar,” katanya kepada MH.
Liza ditemui pada majlis sidang media teater Nyonya di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam majlis itu juga, para pelakon teater berkenaan turut menunjukkan sebahagian fragmen yang terkandung dalam naskhah tersebut kepada pihak media.
Selain Liza, teater Nyonya yang diarahkan oleh Dr Rosminah Tahir ini turut menampilkan Vanidah Imran, Datuk Ziela Jalil, Eyzendy Aziz, Zera Hariz dan Deera Amin.
Sementara itu, ketika diajak berbicara soal jodoh, pelakon yang cukup terkenal dengan watak Mak Leha itu berkata jika boleh dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
“Bila kita berada pada usia-usia macam ini, kalau boleh nak elak soalan macam itu (jodoh).
“Soalan itu akan menyinggung banyak pihak,” katanya lagi.
Teater Nyonya yang sudah memasuki edisi kesembilan ini bakal dipersembahkan di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 15 dan 16 Oktober depan.
Tiket dijual pada harga RM30 dan RM50.
Nyonya yang dianjurkan oleh CTRA Production dan A4 Communications ini mengisahkan tentang Nyonya seorang wanita kaya yang harus ‘berperang harga’ dengan Tuan iaitu seorang pedagang barangan antik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa memuat naik lampiran foto kandidnya bersama Datin Lisa Surihani menerusi platform Instagram, baru-baru ini.
Mereka bertemu dan Neelofa menemubual pelakon itu di dalam rancangan Next To Neelofa musim kedua yang menyaksikan Lisa sebagai tetamu undangan bagi episod yang pertama.
Malam ini, 10 malam di Astro Ria,” tulis Neelofa ringkas pada ruangan kapsyen.
Perkongsian yang sudah pun menerima lebih 56,000 tanda suka itu turut disusuli dengan komen peminat yang rata-rata memuji penampilan selebriti itu.
“MasyaAllah… Cantiknya dua-dua.”
“Lisa cantiknya. Nampak bersederhana.”
“MasyaAllah looking so pretty.”
“Love both.”
“Kenapa cantik sangat dua-dua ni.”
“MasyaAllah cantik sangat lah Ummi Bilal ni.”
“Dua-dua cantik sangat.”
Sementara itu, Neelofa menerusi MeleTOP minggu lalu ada berkongsikan pengalamannya di dalam mengendalikan program bual bicara berkenaan.
“Kalau musim pengenalan kita tampilkan bintang legenda seperti Datuk Siti Nurhaliza, Nor Kumalasari, Puan Sri Normala Samsudin dan ramai lagi.
“Tetapi kali ini walau kebanyakan (tetamu) masih muda, tetapi mereka ialah ibu yang boleh relate on certain level,” katanya.
Neelofa pada masa sama turut berkongsi pendekatan yang digunakan setiap kali menemubual tetamu yang diundang.
“Orang tanya macam mana saya ‘buat’ mereka menangis. Sebenarnya saya pun berdebar juga. Berdoa… Ya Allah lembutkanlah hati dia, selesakanlah kita dan sebagainya.
“Selain itu, kita kenalah juga bina proses komunikasi itu,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada peminat selain dedikasinya kerana masih diberi peluang untuk muncul di kaca TV meski berpurdah.
Next To Neelofa musim kedua bersiaran mulai 22 Oktober 2022, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria dan Astro Prima.
Selain Lisa, Next To Neelofa musim kedua turut mengundang antaranya Diana Amir, Puteri Sarah Liyana dan Ziana Zain bagi berkongsi mengenai perjalanan hidup serta kerjaya masing-masing.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al-Islam Ahmad memilih untuk meneruskan kandungan keenamnya yang kini mencecah dua bulan.
Rabecca yang sinonim disapa sebagai Mummy Becca berkongsi mengenai perkara tersebut di dalam catatan yang dikongsikan di Insta Stories, awal hari ini.
“InsyaAllah doakan saya strong. InsyaAllah saya keep this baby. Tadi scan baby dah ada jantung, dengar degupan jantung dia. Jatuh air mata saya,” luahnya.
Becca pada masa sama turut berkongsi perkembangan bayi yang dikandung.
“Saya percaya saya boleh InsyaAllah. Terima kasih semua yang sentiasa mendoakan saya dan ‘baby bump,” tulisnya lagi.
Sementara itu menerusi platform sama, Becca turut memuat naik foto serta videonya yang menghadiri sesi temu janji bersama doktor sambil ditemani suami, Datuk Norazam Sulaiman.
“Assalammualaikum & Salam Jumaat everyone. Today check up and scan time for my baby bump, Bismillah. Doakan yang baik baik k, di pagi Jumaat barakoh ni.
“Semoga doa yang baik baik semua buat anda juga. Pagi ni Mummy di temani Sang Cinta Hati. Alhamdulillah,” kongsi Becca menerusi ruangan kapsyen.
Pada Khamis media melaporkan, Becca bakal mengetahui keputuan sama ada boleh meneruskan kehamilan atau terpaksa ‘melepaskan’, pada esok (Jumaat).
Perkara tersebut sekaligus menjelaskan mengenai situasi diri memandangkan kelima anaknya sebelum ini dilahirkan melalui proses pembedahan caesarean
“Kehamilan kali ini doktor agak risau sebab kena putuskan dan berhati-hati. Sebab anak anak sebelum ini dilahirkan menerusi kaedah caesarean.
“Jadi, doktor takut sangat bila saya simpan kandungan ini dan kalau saya tak kuat sampai hujung sembilan bulan, ia membahayakan nyawa saya. Bayi dalam kandungan insya-Allah okay,” katanya.
Menurut Becca, situasi dialami itu membuatkan dia kini dalam dilema.
“Keadaan saya boleh menjadi sebaliknya kalau saya tak kuat. Saya pun dalam dilema juga. Itu yang sedih. Apa pun keduanya iaitu saya dan bayi doktor jamin dengan selamat. Doakan yang baik-baik buat saya. Tapi saya gembira sebab Allah bagi lagi rezeki,” katanya.
Dalam masa sama, Becca berkongsi dia tidak pernah merancang dalam soal cahaya mata sebaliknya menyerahkan ia kepada ketentuan dan rezeki Allah SWT.
“Hari tu masa bersalin anak kelima, doktor dah suruh ikat, tapi saya tak ikat. Untuk kehamilan kali ini, saya tak merancang pun, dah Allah nak bagi rezeki ini. Tapi saya sangat gembira.
“Pun begitu tetap ada risiko yang tinggi. Apa pun esok baru dapat tahu keputusan selepas doktor buat imbasan dan periksa semuanya,” katanya lagi.
Terdahulu, Becca dan suami dikurniakan enam cahaya mata termasuk seorang anak angkat iaitu Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Alif Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan, dan Nor Aurora Riana.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...