“I Need Pelamin Please!,” – Mimi Lana Tanya Siapa Yang Mahu Sequel Filem Pusaka, Tapi Lihat Apa Reaksi Fazura, Rakan Artis Lain & Fans!

Share

Berkongsi foto bersama kekasih hati, Syafiq Kyle menerusi Instagram baru-baru ini, perkongsian dari Mimi Lana nyata mendapat perhatian peminat.

Masakan tidak, entri yang dilampirkan bersama dua keping foto itu sehingga kini telah mendapat ribuan komen.

“Who needs pusaka (the sequel)? Comment,” tulis Mimi ringkas pada sisi kapsyen.

Lalu, pelbagai reaksi telah ditinggalkan peminat termasuk rakan artis.

Mereka bukan saja mahukan sambungan filem seram tersebut, bahkan ada yang secara berseloroh meminta mereka berdua segera mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, filem Pusaka arahan Razaisyam Rashid  mengandingkan Mimi yang memegang watak sebagai Nur iaitu adik kepada Inspektor Nuar lakonan Syafiq Kyle. 

Turut sama terlibat didalam filem berkenaan ialah Faizal Hussien, Hafidz Roshdi, Sweet Qusminat, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan ramai lagi.

Pastinya juga, jangan ketinggalan untuk meraikan sambutan Syawal tahun ini dengan menonton filem Pusaka pada 26 Mei, Selasa jam 10.00 malam di saluran Astro Ria saluran 104.

Foto: Instagram Mimi Lana

IKLAN