“I Miss You…” – Intan Ladyana Saling Berbalas Komen, Peminat Suruh Harris Alif Cepat Masuk Meminang!

Share

Baru-baru ini, pelakon Intan Ladyana sekali menjadi perhatian peminat apabila dilihat saling berbalas komen di salah satu posting kekasihnya, pelakon Harris Alif di Instagram.

Menerusi komen tersebut, Intan telah meluahkan rasa rindu terhadap pelakon berusia 21 tahun itu.

“I miss you,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Harris turut memberi respon terhadap komen yang ditulis oleh Intan.

“I miss you more,” balas Harris.

Rata-rata peminat mendoakan agar pasagan ini cepat mendirikan rumah tangga bersama.

Terdahulu, keduanya difahamkan sudah saling mengenali sejak sekian lama, bagaimanapun hubungan mereka mulai serius sejak Februari lalu.

Foto: Instagram Harris Alif

IKLAN