“I love You Mohd Solih Sayang!,” – Rasa Sekejap Jer Masa, Shima Anuar & Suami Nikmati Makan Malam Romantis Rai Anniversary Ke-5

Share

Bersempena ulang tahun perkahwinan yang kelima bersama suami, Mohd Solih Toha,54, pelakon Shima Anuar, 31, menikmati makan malam indah bersama.

Lebih manis, momen sama juga sebagai meraikan hari jadi ibu kepada dua cahaya mata itu.

Memuat naik beberapa keping foto di Instagram, Shima mengakui begitu cepat masa berlalu sepanjang tempoh lima tahun meniti hidup sebagai isteri dan ibu.

“5th Anniversary & My Birthday dinner. Sekejap je 5 tahun dah. Alhamdulillah. Happy anniversary suamiku.

“Semoga Allah merahmati rumahtangga ini hingga ke syurga. Aminnnn. I love you Mohd Solih sayang!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian bahagia itu turut disusuli dengan ucapan yang baik-baik dari para pengikutnya di ruangan komen.

Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan itu pada April 2017.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Iman, 2.

Terdahulu pada 17 Februari lalu, Shima berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia hamil anak ketiga.

Dalam pada itu, pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa terpaksa membatalkan semua tawaran berlakon bagi mengekang kandungannya terdedah kepada jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun awal Mac lalu, dia kehilangan bayi akibat kandungan di luar rahim dan terpaksa menjalani pembedahan sebelum menerima rawatan di berada di ICU (Unit Rawatan Rapi) kerana kehilangan banyak darah semasa prosedur dijalankan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

IKLAN