“I Love You Forever, Al-Fatihah,” – Titip Sharifah Amani, Foto Orked Dipeluk Kak Yam Buat Netizen Sayu

Share

Pelakon Sharifah Amani, 36, berkongsi perasaan sedih yang dirasainya terhadap pemergian rakan artis, pelakon dan penyanyi Allahyarhamah Adibah Noor, 51, akibat kanser ovari tahap empat, lewat petang Sabtu.

“Jaga diri, jangan nakal nakal. I love you forever. Al Fatihah,” demikian kapsyen yang ditulis Amani yang sekaligus mendapat perhatian peminat.

Ramai yang maklum akan perasaan yang digambarkan Amani menerusi perkongsian berkenaan yang turut disusuli dengan emoji ‘hati retak’ selain memuat naik foto babak Orked yang dipeluk kak Yam.

Masing-masing sebelum ini mencipta keserasian terbaik menerusi watak Orked dan Kak Yam di dalam filem ‘trilogi’ iaitu Sepet yang ditayangkan pada tahun 2004, Gubra (2006) dan Mukhsin (2007).

Serentak dengan perkongsian terbabit, rata-rata peminat turut memberikan penghormatan terakhir selain mengucapkan Al-Fatihah, salam takziah buat arwah yang telah pergi selamanya.

“Teringat pulak all the scenes, semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman,” tulis peminat

“Kak Yan, innalillahiwainnailaihirojiun,” titip peminat lainnya.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam Takziah buat ahli keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman, al-fatihah,” peminat sampaikan doa.

“Mega mendung di angkasa. Al-fatihah,” antara komen yang ditinggalkan.

Perkongsian sama turut dikongsikan aktres hebat ini di platform Twitter, yang mendapat ribuan ulang ciap bersama 54,300 tanda suka pada kalangan pengikutnya.

Allahyarhamah Adibah disahkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, akibat kanser ovari tahap empat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

IKLAN