“I Hope I Make You Proud Ma,” – Najwa Latif Sukses Raih Master In TESL

Share

Najwa Latif kini secara rasmi telah menamatkan pengajian dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di peringkat sarjana di Universiti Malaya.

Menerusi entri terbaru di Instagram, penyanyi ini berkongsi momen istimewa sewaktu majlis konvokesyen bersama keluarga dan teman seperjuangan.

Penyanyi berbakat ini turut berkongsi paparan mesej bersama ibu tercinta.

Dia yang turut bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta turut memberi bayangan untuk menyambung pengajian ke peringkat PHD menerusi Insta Story.

Tahniah Najwa.

Foto : Instagram Najwa Latif

IKLAN