“I berjanji akan jaga you.” Itu ikrar cinta yang dilafazkan Haziq Nadzli buat isterinya, pelakon Eyra Hazali sejurus diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri.
Janji penjaga gol skuad JDT ini lagi, dia akan sentiasa berada di samping isteri tercinta dalam apa sahaja situasi sekali pun.
“Akan selalu dengan you tak kira you di atas ke, bawah ke, I akan tetap dengan you,” katanya lagi.
Lalu, dedikasi yang diberikan itu dibalas dengan janji hampir serupa Eyra. Maklumnya, dia hanya mengharapkan si suami agar terus membimbing seterusnya menjadi ‘imam’ terbaik buat dirinya.
“Terima kasih dengan ada dengan I walaupun ketika di waktu sukar. InsyaAllah kita akan kekal begini hingga ke jannah.
Ads
“I hanya harapkan you untuk membimbing I sampai ke syurga,” doa Eyra.
Sedutan video ikrar cinta itu turut dikongsikan menerusi Instagram Media Hiburan.
Tiada kata yang dapat diungkapkan apabila merindui pada insan yang telah pergi buat selamanya.
Mungkin itulah situasi yang dialami pelakon Linda Rafar yang telah kehilangan anaknya, Rezaimen Keifli atau lebih manja di sapa Memen kembali ke Rahmatullah kira-kira lima tahun lalu.
Ujar Linda, dia menganggap arwah anaknya seolah-olah pergi mempelajari ilmu agama dan keduanya pasti akan bertemu satu hari nanti.
“Setiap yg bernyawa pasti akan berakhir dgn kematian.. Dunia ini hantar permainan dan tempat persinggahan utk kita sama2 mengumpul pahala dan mendapat tix vvip ke syurga yg lebih indah.
“Today, genaplaaa 5yrs memen pergi memang lama tp mama x rasa lama pon.. ma rasa mcm memen pergi berlajar agama yg jauh pasti satu hari nanti kita akan berjumpa ye men…. ma syg memen sgt2,rindu ma takkan habis tau, moga allah makburkan setiap doa mama #prayformemen #rezaimenkeiflinbinazlinda #novelmenunggumudipintusyurga #memenahlisyurga,” titipnya di Instagram.
Dihujani dengan kata-kata semangat beserta doa dari peminat, Memen merupakan anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman.
Arwah Memen meninggal dunia pada 5 Julai 2014 selepas bertarung dengan kanser limfoma., Al-Fatihah buat Memen.
Foto : Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menjadikan angka 11 sebagai simbolik cinta abadi, pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin telah meraikan ulang tahun perkahwinan ketiga, 11 November lalu.
Kegembiraan tersebut dikongsikan pasangan ini apabila menikmati makan malam romantik (candle light dinner) di sebuah resort di Pulau Pinang.
“HAPPY 3rd ANNIVERSARY sayangku @aamyrarosli .
“Alhamdulillah, Subhanallah, Syukur pada Mu Ya Allah
“Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang melanjutkan lagi usia perkahwinan kami ini agar dapat menikmati kurniaan Mu dan menambahkan amal ibadat kami buat bekalan di sana nanti.
“Ya Allah, kami mohon pada Mu, berkatilah perkahwinan kami, kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal, anak-anak yang soleh dan solehah, nikmat kesihatan fizikal dan mental agar dapat kami menjalankan amal ibadat kami dengan sempurna,” tulisnya sambil disertakan hashtag gabungan nama #Amyramar.
Lelah menguruskan rumah tangga dan tuntutan kerja, pelakon Faralyna Idris mengakui ada kalanya dia rasa penat.
Seterusnya, situasi itu menyebabkan dirinya tertekan dan sudah tentu bakal mempengaruhi ‘kesihatan mental’ keluarga.
“Bonda pilih hari Rabu utk my work-from-home-desk-day. Siang akan ada dkt rumah, buat kerja, dgn my 2 assistants. I look so tired here in this picture kan?
“Yes. Masa ni mmg tgh dlm keadaan yang sgt penat dgn everything around me.
"Bonda layan penat tu sampai jadi stress. Its not easy to control kan? I know.
"Tapi, it is not good. Not good for you, & not good for your family. Bile stress, nak pick up blk energy & positive vibes tu susah.
"Mental & emotionally unstable, kulit pon reacting to it – kering/rashes/kusam/sembab, and these vibes tempias kene dkt suami & anak-anak,” kongsinya.
Sedar akan kekhilafan diri, pelakon ini cuba ubah rutin dan syukur perancangannya itu membuahkan hasil.
“So from time to time, day by day, Bonda slowly belajar utk managing everything properly and back the right track.
– rearrange daily routine.
– time management, family & work.
– self-care.
"Bonda selalu sebut SELF-CARE is important. It is tau! It helps to refresh your mind, body & soul. So you can always stay happy walaupun sebenanrnye tak menang tangan nak buat semua benda.
“Semoga segala usaha kita semua, dipersetujui olehNya, dan semoga Dia setiasa memberkati all of us.
In Shaa Allah.
Have a great, Wednesday everyone!” tulisnya panjang lebar.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.