Uncategorized

‘I Dah Letak Nama Kat Tepi Tu’- ini Bukti Anzalna Memang Pandai Melukis

Share

Pelakon, Anzalna Nasir masih cuba membuktikan kepada netizen akan kebolehan melukisnya.

Semalam, dia memuat naik satu gambar lukisannya di laman Instagram miliknya bagi menutup mulut mereka yang masih tidak berpuas hati dengannya.

“Jangan cakap sis curi painting orang lain sebab i dah letak nama kat tepi tu. Nasib baik i tak cop tapak kaki sekali!

“Ehhh perlu ke buat semua ni!!! Hahahahhahhhaha #FunPainting #AnzalnaDaVinci #MalasNakBuatVideoMukaBurukWaktuFocusPainting #TangansampaiKeSikuKotorSebabSisBukanPelukisPro,” tulisnya.

Terdahulu, Anzalna dituduh mengambil kredit ‘painting’ orang lain dan mendakwa dia yang melukisnya.

Berang dengan tuduhan tersebut, Anzalna mendedahkan pernah memenangi pertandingan ‘painting’ di luar negara sebelum ini.

Berikutan perkongsiannya, ramai netizen meninggalkan komen memuji daya kreatif pelakon tersebut.

Pada MH, Anzalna pun dah buktikan pada netizen kan dia memang pandai melukis, tak perlu lah tuduh dia macam-macam.

Apa-apapun memang cantik lukisan Anzalna tu.

sumber: IG Anzalna Nasir

IKLAN