Pelakon, Anzalna Nasir masih cuba membuktikan kepada netizen akan kebolehan melukisnya.

Semalam, dia memuat naik satu gambar lukisannya di laman Instagram miliknya bagi menutup mulut mereka yang masih tidak berpuas hati dengannya.

“Jangan cakap sis curi painting orang lain sebab i dah letak nama kat tepi tu. Nasib baik i tak cop tapak kaki sekali!

“Ehhh perlu ke buat semua ni!!! Hahahahhahhhaha #FunPainting #AnzalnaDaVinci #MalasNakBuatVideoMukaBurukWaktuFocusPainting #TangansampaiKeSikuKotorSebabSisBukanPelukisPro,” tulisnya.

Terdahulu, Anzalna dituduh mengambil kredit ‘painting’ orang lain dan mendakwa dia yang melukisnya.

IKLAN

I nak tawarkan wanita ini hadiah lumayan! ( nak bagi duit ke nak bagi kereta ke nak bagi rumah depan KLCC? Bagi sis fikir dulu! ?) sekiranya dia dapat buktikan lukisan ini hasil tangan orang lain. Lukisan tak berapa elok macam ni pun dia nak cakap i curi! Hahahahhaahhaha bukan hebat mana pun kita lukis! Secara tiba-tiba nak melukis sementara tunggu call time shooting. Ada juga hati yang tak senang. Kena lukis gambar orang lidi agaknya baru nak percaya! Kita malas nak cakap tapi kita pernah menang melukis di Canada. Kan dah tercakap! ? Hahahahahah Kita malas la nak berlagak tapi nak bagitau juga kat awak takkan semua benda nak kena video! Penat juga hidup macam ni.. videographer i boleh letak jawatan terus! Kami tak gaduh pun cuma i juga teringin nak tengok lukisan dia cakap tu. Girl, nanti tunjukkan kat sis! ?#PastikanLukisan100%SamaBilaJumpa #MelukisMestiKenaAdaInspirasiDanRujukan #GoodLuckGirl #HadiahLumayanMenantiAnda #LOVEYOUGIRL #LepasNiMelukisKenaAmbilVideoIngatTau #Sajejerlayankan

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Berang dengan tuduhan tersebut, Anzalna mendedahkan pernah memenangi pertandingan ‘painting’ di luar negara sebelum ini.

Berikutan perkongsiannya, ramai netizen meninggalkan komen memuji daya kreatif pelakon tersebut.

IKLAN

‘I Dah Letak Nama Kat Tepi Tu’- ini Bukti Anzalna Memang Pandai Melukis

‘I Dah Letak Nama Kat Tepi Tu’- ini Bukti Anzalna Memang Pandai Melukis

IKLAN

Pada MH, Anzalna pun dah buktikan pada netizen kan dia memang pandai melukis, tak perlu lah tuduh dia macam-macam.

Apa-apapun memang cantik lukisan Anzalna tu.

sumber: IG Anzalna Nasir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI