Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Ghous meluahkan rasa syukur dan gembira apabila menerima hadiah berupa senaskah Al-Quran daripada suami tercinta, Datuk Zhafran Md Yusof.

Kongsi Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous, dia mendedahkan sudah lama berhasrat untuk khatam Al-Quran pemberian suaminya.

“I Betul-Betul Tersentuh Hati, Happy Sangat,” – Datin Fouziah Ghaus Impi Khatam Al-Quran Pemberian Suami

Sebelum ini, bintang berusia 38 tahun itu juga mendedahkan, dia pernah khatam Al-Quran tetapi menerusi pemberian naskhah daripada orang lain.

“I Betul-Betul Tersentuh Hati, Happy Sangat,” – Datin Fouziah Ghaus Impi Khatam Al-Quran Pemberian Suami “I Betul-Betul Tersentuh Hati, Happy Sangat,” – Datin Fouziah Ghaus Impi Khatam Al-Quran Pemberian Suami

IKLAN

“This is really special to me @zhafyusof. Happy tak terkata. Sejujurnya deep inside me, i nak sangat hadiah Al-Quran dari you.

“Selalu baca Al-Quran hadiah dari orang lain. Setiap kali khatam mesti teringin nak khatam Al-Quran pemberian suami and finally this year i dapat apa yang i nak.

IKLAN

“Walaupun I tak bagi tahu apa yg terdetik dalam hati tapi u seolah-olah memahami. Syukur alhamdulillah. Tak sabar nak khatam,” tulisnya.

Dia pada masa sama turut menitipkan ucapan terima kasih atas pemberian berkenaan yang penuh makna.

IKLAN

“Thank you sayang, bukan i tak appreciate gift lain tapi yang ini i nak simpan disini buat kenangan. Sebab i betul2 tersentuh hati dan happy sangat,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fouziah Gous (@fouziahgous)

Untuk rekod, Fouziah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Mohd. Zafran Md Yusof pada 21 September 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Foto: Instagram Fouziah Ghous

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI