Tidak habis di situ, Hafiz Hamidun turut menjawab segala persoalan dan kekeliruan rakyat Malaysia tentang sama ada benarkah Hafiz sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami kepada Joy atau tidak.

Menurutnya, disebabkan beberapa isu yang timbul sehinggakan dia sendiri meragui status sah perkahwinan, Hafiz langsung tidak pernah menyentuh isterinya.

Hubungan Seks: Hafiz Kata Belum

IKLAN

“Kami tinggal berasingan dari hari pertama. Kami memang tidak pernah mengadakan hubungan seks. Bila membabitkan awal-awal pernikahan kami melakukan tanggungjawab sebagai suami isteri tetapi kerana ada keraguan saya bertindak untuk menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menimbulkan masalah yang besar pada masa akan datang.

 

“Kita terus pada pointnya, kita tidak pernah melakukan hubungan kelamin. Selepas mendapat nasihat daripada beberapa pihak saya rasa wajar untuk saya bertindak dan menyelesaikan masalah ini,” tegasnya apabila diajukan soalan tentang ini.

Hubungan Seks: Hafiz Kata Belum

Namun kenyataan ini agak keliru kerana bagi pihak Joy pula dia ada mengatakan mereka telah mengadakan hubungan suami isteri bersama namun untuk menjelaskan lebih lanjut Joy lebih selesa menyimpan kerana terlalu peribadi untuk diceritakan.

IKLAN

“Sepanjang dua minggu bersama, hanya enam hari sahaja dia duduk di rumah saya. Kami menjalani pengambaran Romantika Honeymoon pada 14-18 Mei jadi sepanjang dia menjadi suami saya dia sangat penyayang dan kami telah mengadakan hubungan suami isteri bersama.

 

“Saya tidak boleh cerita kerana ia terlalu peribadi dan selepas honeymoon tersebut pada 23 haribulan dia datang di rumah saya dengan tiba-tiba mengatakan nikah kita berdua tidak sah. Selepas itu dia sudah abaikan saya, lepaskan saya dan tak anggap saya sebagai siapa-siapa,” jelasnya.

Hubungan Seks: Hafiz Kata Belum

IKLAN

Malah Joy turut memberitahu dia rasakan sedih dan tidak adil apabila Hafiz mengeluarkan kenyataan yang tidak pernah menyentuh isterinya.

“Saya pernah dengar daripada beberapa pihak yang dia ada bercerita nikah ini tidak sah dan tidak menyentuh saya. Jadi bila sampai ditelinga saya, saya rasa tidak adil,” katanya dengan penuh emosi.

Hmmmm… nampaknya memang ada percanggahan maklumat. Apa pun MH Online doakan yang terbaik buat dua pasangan ini dan berharap segalanya dapat diatasi dengan segera mengikut jalan yang terbaik.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI