Zaibo Telah Pergi Mengadap Illahi Sekitar Jam 1.30 Petang Tadi

Share

Pelakon dan pelawak senior, Zainal Ariffin Abd. Hamid atau lebih sinonim dengan panggilan Zaibo dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 1.30 petang di kediamannya di Rengit, Johor.

Memetik laporan Mstar online, berita sedih itu telah disahkan sendiri oleh isterinya,  Siti Hawa Sawal.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan pada hari ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Allahyarham dilaporkan tidak mengetahui dirinya diserang penyakit kanser esofagus tahap empat sehinggalah Ramadhan yang lalu apabila dia mengalami masalah untuk menelan makanan.

Selepas mendapat rawatan daripada pihak hospital, doktor memaklumkan dia menghidap kanser dan akhirnya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Selayang.

Foto: Carian Google

 

IKLAN