Categories: Berita Uncategorized

[GAMBAR] Bekas Isteri Ude Wahid, Intan Liana Buka Tudung, Sertai Program Tarian?

Share

MH difahamkan, baru-baru ini telah berlangsungnya pertandingan Tarian Rampaian Tradisonal 2018 dan ada menerima beberapa keping gambar sekitar program berlangsung.

Bagaimanapun apa yang mengejutkan ialah, salah seorang peserta pasukan yang bertanding didakwa turut disertai Intan Liana Saleh, iaitu bekas isteri kepada pemuzik bebas Ude Wahid.

Dikatakan juga, beberapa keping foto berkaitan program berkenaan turut dimuat naik di Instagram Intan. Namun, ia telah pun dipadamkan ibu beranak dua itu.

Menguatkan lagi andaian pesertanya ialah Intan ialah, ada beberapa individu turut posting gambar sekitar majlis sama lalu menanda akaun Instagram wanita terbabit menerusi foto yang diambil.

Khabarnya juga, Intan turut repost kembali gambar berkenaan meski ia telah dipadamkan Intan.

Sementara itu, beberapa jam yang lalu, Intan turut memuat naik kapsyen menerusi Insta Story iaitu;

“Happykan diri sendiri…,” tulisnya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada entri berkenaan ada kaitan dengan foto sebelum ini atau sebaliknya.

Terdahulu, Intan sebelum ini pernah terlibat sebagai artis kebudayaan sebelum mendirikan rumah tangga dengan pemuzik bebas berkenaan.

 

IKLAN