Pelakon dan pempengaruh popular, Ryan Bakery meminta doa ramai selepas anaknya, Ryan Ezra terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Selangor, pada Jumaat selepas mengalami batuk berkahak dan selesema.
Menurut Ryan atau nama penuhnya Ryan Fahmi Bakery,29, Ryan Ezra yang menunjukkan gejala demam sejak tiga hari lalu turut memaklumkan, ada kuman dalam darah anak sulungnya itu.
“Dia terpaksa ditahan di wad susulan demam dan batuk yang dialami. Beberapa hari sebelum ini dia kurang aktif dan ‘moody’. Dari situ saya sudah boleh jangka yang dia mungkin demam dan bila sentuh badannya, rasa ‘suam’.
“Hidungnya juga mulai berair dan ketika itu saya dan isteri bawanya ke hospital. Lalu nasihat doktor, sekiranya dalam tempoh dua hari dia masih belum baik, bawanya untuk rawatan lanjut.
“Pada keesokan harinya, keadaan anak jadi makin teruk. Dia batuk berkahak, badan panas dan kerap selsema,” katanya.
Bagaimanapun, Ryan memaklumkan semalam anaknya itu sudah makin baik daripada demam biarpun masih lagi batuk dan selesema.
Namun semalam, Ryan dan isteri membuat keputusan membawa anak mereka yang berusia tujuh bulan itu ke hospital selepas suhu badannya mencecah paras lebih 38 darjah celcius.
Ads
“Hari ini tiba-tiba dia demam balik selain batuk sampai meragam dan menangis tanpa henti.
“Bila doktor buat pemeriksaan lanjut, didapati ada banyak kahak dalam paru-paru dan dia terpaksa ditahan di wad untuk pemantauan.
“Hasil pemeriksaan lanjut, ada kuman dalam darah anak dan buat masa sekarang doktor beri ubat antibiotik.
“Saya nak minta orang ramai untuk doakan anak moga diberi kesembuhan sihat tubuh badan,” kongsinya lagi.
Ads
Berdepan pengalaman cemas, Ryan akui ia pengalaman pertamanya berhadapan dengan situasi sedemikian, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak.
“Ini kali pertama berlaku pada saya dan isteri. Sebelum ini anak pernah alami demam namun ia tidaklah seteruk ini. Batuk dan menangisnya tu sampai hilang suara. Kita yang tengok pun rasa lemah.
“Isteri pun turut sama menangis, tak kuat. Mahu tak mahu, saya sebagai suami perlu kuat dan kawal keadaan. Tapi memang risau dan jadi pengajaran juga untuk kami sebab sebenarnya kita tidak boleh beri orang sesuka hati cium anak.
Ads
“Selepas ini kami pun kenalah peka dan lebih berhati-hati. Bila ujian sudah nak jadi apa yang boleh kita buat ialah ikhtiar dan beringat,” katanya lagi.
Terdahulu, Ryan turut memuat naik video dirinya yang dirakam sedang memangku anaknya yang sedang menangis di sebuah pusat perubatan.
“Baru aku rasa macam mana mak ayah bila anak dia tak sihat. Tidur tak cukup, risau, takut, panik dan semualah. Dalam keadaan macam ni, suamilah main peranan penting. Kena kuat,” tulisnya pada entri berkenaan.
Untuk info, Ryan mendirikan rumah tangga dengan Elyia Ibrahim pada 1 Oktober 2022 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ryan Ezra yang dilahirkan pada 30 Disember tahun lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suami Jennifer Coppen, Yitta Dali Wassink, meninggal dunia pada usia 22 tahun akibat kemalangan jalan raya. Kejadian malang itu berlaku sekitar pukul 2 pagi pada 18 Julai 2024 di Sunset Road, Kabupaten Badung, Bali.
Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, suami kepada pelakon filem dan sinetron Indonesia itu mengalami kemalangan seorang diri apabila dia gagal mengawal motosikal jenis Kawasaki yang ditunggangnya lalu melanggar penghadang jalan.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Rumah Sakit BIMC Dewa Ruci, Kuta namun tidak dapat diselamatkan. Menurut polis, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Meninjau ke akaun Instagarm Jennifer, menerusi satu hantaran di Instagram Stories dia berkongsi momen kenangan sebelum suaminya meninggal dunia.
Menyatakan kekesalan yang timbul di hati, pelakon filem Akad ini tidak menyangka ciuman dan pelukan yang diberikan suaminya saat mahu keluar rumah adalah momen terakhir mereka berdua.
“Petang sebelum kamu pergi, aku terlebih dahulu bergerak untuk berjumpa kawan dan kamu pula mahu ke tempat kerja. Walau pun sudah saling berpeluk, kamu sekali lagi berlari dan kejar aku untuk peluk dan cium aku lagi.
“Dan aku tidak sedar itu akan menjadi pelukan dan ciuman terakhir. Jika aku tahu, aku akan pelukmu lebih lama. Pagi sebelum kepergian kamu, kamu sangat manja, padahal yang biasa jadi manja itu aku.
“Sampai aku bergurau, dan menolak kamu kenapa masih terus memeluk aku. Aku menyesal kerana berkata begitu kerana aku tidak tahu Dali, aku tidak tahu itu akan jadi pelukan terakhir kamu,” luah ibu kepada seorang cahaya mata itu.
Imbas kembali, Jennifer,23, berkahwin dengan Yitta Dali Wassink pada 10 Oktober 2023 mengikut perkahwinan agama Islam. Pasangan ini memiliki seorang cahaya mata perempuan berusia 10 bulan yang diberi nama Kamari Sky Wassink.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas tampil memberikan responnya berhubung babak menangis itu.
Menurut Ruhainies, sebagai pelakon yang sentiasa memberikan komitmen terbaik terhadap karya seninya, melakonkan adegan menangis bukanlah satu masalah.
“Menangis bila bekerja pandailah min. Kita beri 100 peratus komitmen,” tulisnya.
Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci maksud hantarannya itu, respon pelakon kecil molek ini dilihat seakan berkait rapat dengan kenyataannya sewaktu hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding tangkap khalwat dengan pelakon Aliff Aziz pada Rabu.
Semalam, Ruhainies telah menepis dakwaan yang mengatakan dirinya seakan tidak sensitif kerana hadir ke mahkamah dalam keadaan tersenyum dan gembira.
Menurut Ruhainies, dia sebenarnya tidak pandai untuk berkongsi perasaan sedih di khalayak ramai selain turut teruja apabila bertemu dengan rakan-rakan media yang membuat liputan.
“Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini, saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa kalian
“Takkanlah saya nak menangis. Saya tak pandai berlakon dan menangis depan kamera,” jawabnya.
Terdahulu, selain Ruhainies, drama Terjerat ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Aliff Aziz, Fendy Bakri, Jaja Iliyes dan Haifa Halina.
Terjerat diarahkan oleh pengarah Azmi Hatta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Iqiyi & Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio Era, Haniff Hamzah dan Ean Nasrun dari Hitz kini sudah menamatkan khidmat di stesen radio masing-masing sebelum tamat kontrak.
Perkara tersebut diumumkan Astro Radio menerusi kenyataan media, hari ini.
Haniff yang juga penyampai ‘Petang ERA’, telah memberikan suasana ceria kepada pendengar dengan penuh karisma dan gaya kemesraan yang tersendiri.
Sementara Ean, telah menjadi tonggak ‘Kru Pagi HITZ’ selama lebih sedekad sebelum ini, konsisten menghiburkan pendengar dengan penuh semangat.
“Kedua-duanya meneruskan kerjaya radio mereka ke peluang lebih baharu.
“Walaupun sukar untuk mengucapkan selamat tinggal, kami tetap mendoakan mereka agar terus berjaya dalam apa jua mereka lakukan.
“Astro Radio berbangga dengan pencapaian mereka kerana sumbangan mereka amat luar biasa dan terus menjadi kenangan terindah dalam keluarga kami,” tulis kenyataan terbabit.
Astro Radio sebelum ini sinonim dalam melahirkan bakat luar biasa dalam industri penyiaran radio dan pihaknya terus komited untuk bawa hiburan terbaik kepada pendengar.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...